Jangan
cuba ganggu Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat.
Usahlah beria-ia sangat Datuk Seri Anwar mencabar Najib untuk berdebat. Kita harus faham tugas beliau sebagai perdana
menteri terlalu banyak dan berat dalam menjalankan tranformasi-tranformasi
untuk negara.
Umum
mengetahui untuk menyelesaikan masalah yang sedang beliau hadapi seperti isu
Scorpene, rasuah, Altantuya, National Feedlot (NFC), wang rakyat untuk majlis
anak perempuannya, belanja sambutan hari lahir beliau sendiri, perihal tindakan
mahkamah bakal menantu Daniyar Nazarbayev di Amerika, peribadi isterinya Rosmah,
Isu Bersih dan berbagai lagi isu yang tidak terjawab.
Selepas
Najib mengatakan debat bukan budaya kita, maka sekolah-sekolah atau institusi
pengajian tinggi tidak akan mengadakan
program debat lagi, maka bolehlah dibuang piala pusingan Debat Perdana Menteri
ke dalam longkang atau dijual pada kedai besi buruk.
No comments:
Post a Comment