IKLAN

Friday 22 June 2012

Utusan Malaysia Teruskan Amalan Spin Dan Fitnah

BlogPingTool.com
Tajuk-tajuk akhbar Utusan Malaysia On-line

1.  Hargai jasa Murad rungkai tandatanya - Ummi ( klik )
2.  Anwar mesti nafi tuduhan - Muhyiddin  ( klik )
3.  SPRM terima ‘bukti baru'  ( klik )
4.  Azmin cuba sembunyikan sesusatu – Anuar Shaari  ( klik )
5.  Tindakan berdiam diri Wan Azizah dipertikai  ( klik )
6.  Rakyat menanti jawapan Wan Azizah  ( klik )


Memang tepat jika dikatakan akhbar Utusan Malaysia yang ditaja oleh Umno sebuah akhbar pemfitnah. Tajuk-tajuk akhbar hampir setiap hari diulang dan diputar isu yang sama untuk menarik perhatian pembaca.  Semalam keluar berita dan hari ini diulang lagi cuma cara pemberitaannya sahaja yang berbeza.  Dipaparkan beberapa tajuk berita dari akhabr ini melalui Utusan on-line yang boleh diklik dan dibaca untuk melihat pemberitaan dari satu isu yang sama.


Berita tohmahan isu lama terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim mengenai dakwaan beliau mengawal 20 akaun induk bernilai RM3 bilion dispin lagi apabila dilaporkan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid bersedia bekerjasama dalam siasatan. Disokong pula oleh Ummi Halfilda.


Berita mengenai tohmahan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim dikatakan ada skandal dengan Shamsidar, isteri kepada YB Azmin Ali diputar lagi dengan mencabar pula Datin Seri Wan Azizah agar memberi jawapan samada benar atau tidak.  Lihat sahaja berita-berita yang dipaparkan.


Rakyat Malaysia amat sedar akhbar-akhbar sebegini telah sampai kepenghujungnya sama dengan hayat parti yang menajanya.  Penjualan akhbar penjilat ini juga telah merosot kepada 50% akhir-akhir ini.  Tapi mereka tidak kisah sebab sudah tentu mereka dibayar, arahan mesti dipatuhi untuk mencapai sasaran menjatuhkan reputasi Anwar dan pakatan rakyat.  Tapi malang sungguh belum nampak sebarang kejayaan selain daripada dicaci oleh rakyat Malaysia dan juga kerugian yang bertambah. Anwar masih berdiri gagah kemana saja beliau pergi beliau akan disambut dimeriahkan bersama-sama mendengar ceramah dan pesanannya.


Kita ingin lihat kemanakah destinasi penghijrahan Ketua Pengarangnya kelak sekiranya pakatan rakyat  dapat mengambil alih Putrajaya.  Adakah mereka akan melutut dan meminta maaf atas perbuatan yang mereka lakukan. Atau akan membuat pengkuan bahawa mereka telah diarah melakukan sedemikian? Allah maha mengetahui.

No comments:

Post a Comment