IKLAN

Monday 11 June 2012

Umno BN Mabuk Kuasa

Ping Blog
Diturunkan disini senikata lagu Mabuk Kuasa yang dinyayikan oleh Wahid Satay  dan Zainal Abidin dalam filem Chelorong Cheloreng keluaran Cathay Kris Production. Klik untuk video di bawah.

Mabuk Kuasa

Oii Oii siapakah gerangan
Berteriak seperti Kodok memanggil hujan
Tak kenalkah aku maharaja kebesaran
Berkuasa di darat dan lautan
Tak kenalkah aku maharaja kebesaran
Berkuasa di darat dan Lautan

Cetek manakah yang bersuara itu
Mengaku raja seperti aku
Nanti aku sumpah menjadi batu
Barulah kau tahu untung nasibmu
Nanti aku sumpah menjadi batu
Barulah kau tahu untung nasibmu

Cis berani lagi menjawab kata
Di hadapanku menunjuk derhaka
Ku seru langit dan bumi bertepuk
Terpenyeklah engkau wahai si kodok
Ku seru langit dan bumi bertepuk
Terpenyeklah  engkau wahai di kodok

Alangkah bodohnya tingkah sekedik 
Bagai sang bangau dengan sang kancil
Kalau ku terpenyek engkau pun kemik
Seperti lempeng yang kena gelek
Kalau ku terpenyek engkau pun kemik
Seperti lempeng yang kena gelek

Oii oii  jangalah terlalu gila kuasa
Aku pun raja berdaulat juga
Kita mulia kerana kuasa
Mabuk kuasa mula jadi gila
Kita mulia kerana kuasa
Mabuk kuasa mula jadi gilaRupanya kita bersaudara

Itulah lagu Mabuk Kuasa. Antara senikatanya yang harus diambil perhatian ialah "Kita mulia kerana kuasa.  Mabuk Kuasa mula jadi gila".  Lihat sahaja apa Umno BN lakukan kerana mabuk kuasa jadi gila merampas kerajaan Perak. Kerana mabuk kuasa mengganggu dan membaling batu di ceramah pakatan rakyat.  Benar kata-kata Wahid Satay tersebut.



No comments:

Post a Comment