Sambutan Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang diadakan pada 1 Jun 2012 di Stadium Darul Aman, Alor Setar amat menakjubkan. Angka-angka yang dikeluarkan ada yang
mengatakan kehadiran berjumnlah 50,000, Surat khabar berbahasa Cina
menganggarkan 100,00 yang hadir menakala pihak penganjur pula menganggarkan
jumlah kehadiran mencecah seramai 150,000 orang termasuk yang tidak dapat mamasuki berada di luar stadium.
Lihat sahaja majlis Najib di Kuantan tidak mendapat sambutan langsung selain disertai oleh peserta PLKN. Hancur. Ini berkemungkinan tiada sebarang bayaran, maka orang tidak berminat.
Amat
berbeza dengan himpunan yang diadakan oleh Pas.
Pas parti miskin setiap kali diadakan ceramah mereka hulurkan tabung bagi mendapatkan
derma. T Shirt hijau yang dipakai oleh
peserta adalah dibeli sendiri dengan duit mereka. Mereka datang secara sukarela dengan
kenderaan masing-masing, jika kelihatan bas-bas rombongan, bas tersebut mereka sama-sama menyewanya.
Mahathir
dengan angkuh mengatakan, pernah ceramah beliau
yang dihadiri tidak sampai seratus orang tetapi beliau masih menang dalam
pilihan raya. Mahathir harus ingat di
waktu itu masyarakat buta dan sentiasa disogokan berita ena-enak oleh akhbar penjilat. Sekarang Mahathir sendiri membuatkan rakyat
menjadi celik melalui IT yang diperkenalkan. Dulu kemungkaran pemimpin Umno
BN tidak begitu di endahkan, sekarang 55 tahun BN berkuasa rakyat tidak akan
mebiarkan kuasa BN disambung lagi.
Mereka mahu berubah. Himpunan
Hijau Ke Putrajaya adalah satu cara atau singal kepada Umno BN, masa telah sampai suka atau
tidak suka rakyat akan buat pilihan untuk berubah. Masih ingat lagi kata-kata Mahathir sendiri semasa di pentas PWTC semasa
penggulungan ucapan perhimpunan Umno seterusnya mengumumkan untuk beliau meletakkan jawatan “Saya dah lama
buat keputusan...dah lama dah..."
Rakyat
juga sudah lama buat keputusan untuk berubah dan tidak akan membenarkan lagi Umno BN
meneruskan kekuasaan mereka untuk memerintah bumi Malaysia.
Amin.
Amin.
No comments:
Post a Comment