IKLAN

Monday 25 June 2012

Tumbangkan BN Dedahkan Penyelewengan

Ping my blog
Apabila Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengumumkan perletakan jawatan beliau  dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor kerajaan Selangor, puak-puak Umno mulakan spin putar dan putar isu ini.  Bermulalah media-media penjilat memukul canang dengan membuat beberapa temubual dengan Datuk Seri Mohd Zain, Pengarah Jentera Pilihan raya BN Selangor, Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi, dan tidak ketinggalan Perdana Menteri 1Malaysia, Dato Seri Najib turut mengulas isu ini. 

Blog pro-Umno pula sebelum ini membuat spekulasi bahawa peletakan jawatan Rafizi pada 21 Jun merupakan kesan daripada perbalahan dengan Faekah, yang didakwa berpengaruh besar ke atas Meneri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, termasuk dalam pengagihan  RM300 juta di bawah Geran Selangorku.

Memandangkan isu ini memeranjatkan pihak PKR, Rafizi muncul membuat kenyataan bahawa tiada perselisihan berlaku antara beliau dengan pemimpin-pemimpin PKR. Tindakan yang dibuat beliau adalah semata-mata mahu menumpukan sepenuhnya kepada usaha menumbangkan BN, beliau juga mahu terus kekal dengan perjuangan reformasi. Rafizi juga menyatakan perletakan jawatan beliau adalah untuk menumpukan kepada pilihan raya akan datang. Rafizi juga berjanji akan membuat pendedahan berhubung dengan beberapa penyeleweangan yang dilakukan oleh BN semasa berkuasa di Selangor sebagai menyambut cabaran Mohd Puad Zarkashi yang mahu beliau berbuat demikian.

Semalam pula Rafizi  mendakwa berlaku penyelewengan skandal pemberian kontrak  pembinaan projek tambahan sistem LRT Ampang yang bernilai  RM960 juta yang melibatkan campurtanagn Najib di dalam hal ini untuk memastikan kontrak tersebut dianugerahkan kepada George Kent. Beliau berjanji akan membuat pendedahan penyelewengan ini setiap dua hari bermula semalam.

Secara logiknya sekiranya seseorang melepaskan jawatan disebabkan berlakunya krisis, mengapakah Rafizi masih meneruskan pendedahan demi pendedahan terhadap Umno BN dan tidak pula mendedah dan memburukkan parti PKR dan pakatan rakyat sebagaimana  dilakukan oleh Zulkifli Nordin, Zahrain dan Senator Ezam. Ada betul kah?.  

Kalau dibiarkan puak-puak Umno ini mengambil bahagian memutar-belit sampai dua kali lagi pilihan raya pun tak habis.  Sebab itu jika diperhatikan kepada pemimpin-pemimpin Umno BN ketika bercakap atau berucap kebanyakannya terdapat  keputihan di tepi bibir kiri dan kanan.

Untuk Rafizi diucapkan syabas.  Teruskan perjuangan untuk rakyat ke arah Malaysia Baru.

No comments:

Post a Comment