Rafizi
Ramli mungkin memberi cabaran sengit kepadanya dalam pertandingan untuk merebut
kerusi Parlimen Pandan. Itulah kenyataan veteran MCA Datuk Seri Ong Tee Keat. Untuk rekod Ong telah mewakili kawasan Parlimen Pandan
sejak 2004 dan sebelum ini beliau mewakli Parlimen Ampang Jaya sejak 1989.
Ong pernah mengalahkan bekas menteri besar Selangor Datuk Harun Idris,
Datuk Zainal Rampak, R Sivarasa dan Syed Shahir Syed Mohamud.
Dalam
kenyataannya Ong tetap mempertikaikan
komitmen Rafizi untuk berkhidmat di kerusi tersebut dan berharap ianya
bukan kemunculan bermusim.
Masyarakat
Cina sudah sedar bahawa kehadiran MCA dalam BN tidak membawa apa-apa makna dan mereka
kini mahu satu perubahan yang bakal dibawa oleh pakatan rakyat. Mereka nampak jelas apa yang telah
dilaksanakan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng menerajui Pulau Pinang dan apa
yang telah dilakukan oleh samseng-samseng Umno kepadanya. Begitu juga kejujuran menteri-menteri besar seperti Tan Sri Khalid
Ibrahim, Tuan Guru Nik Aziz dan Dato Seri Azizan Razak dalam memimpin negeri-negeri Selangor, Kedah dan Kelantan. Peristiwa Isu Bersih 3.0 juga tertanam di minda mereka penyebab kepada perubahan tersebut.
Dulu
lain sekarang lain, Ong harus akui ini dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13
yang akan datang. Cuma apa yang kita
mahu dengar adakah Ong akan dilantik menjadi calon boleh menang untuk kerusi Parlimen Pandan?
No comments:
Post a Comment