IKLAN

Thursday 31 May 2012

Musa Hassan: Najib Tidak Terlibat Pembunuhan Altantuya

Ping Blog
Tan Sri Musa Hassan cara bercakap tidak lagi seperti seorang Ketua Polis Negara (bersara) tetapi gayanya seolah-olah seorang ahli politik.  Ini dapat dilihat dari temubual yang dibuat oleh Malaysiakini dengannya. Dari jawapan yang diberikan kepada Malaysiakini menampakkan bayangnya jatuh ke arah mana.


Sebelum ini (pernah disiarkan oleh tanjaktinggi) Musa Hassan memberitahu bahawa beliau pernah dipelawa oleh presiden sebuah  parti pembangkang semasa beliau dalam perkhidmatan polis masuk ke partinya tetapi beliau menolak pelawaan itu kerana beliau telah diajar untuk tidak mencampuri urusan beliau dengan politik. Sehinggalah sekarang ini prinsip itu dikekalkan.


Musa juga mempertahankan bahawa pihak yang mengaitkan beliau dengan kumpulan kongsi gelap sewaktu beliau masih berkhidmat adalah  cuba merosakkan nama baiknya.  Beliau pernah ditohmah bertanggungjawab membebaskan seorang ketua kongsi gelap Johor, dikenali sebagai Goh Cheng Poh atau Tengku Goh  yang terlibat dengan kegiatan judi ekor haram. Ini  dibuat kerana beliau adalah pegawai penyiasat dalam kes Liwat 1 melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam temuramah yang sama Musa mendedahkan  bahawa beliau pernah dipanggil oleh Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi  bersama-sama pimpinan tertinggi Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung tuduhan bahawa Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Beliau memberitahu Abdullah  bahawa Datuk Seri Najib ketika itu Timbalan Perdana Menteri tidak terlibat dengan pembunuhan Altantuya, mereka yang terlibat ialah  Abdul Razak Baginda, pemikir kepada Najib, Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dari UTK. 


Perjumpaan dengan Abdullah ialah selepas siasatan selesai dan tindakan untuk pendakwaan pada awal 2007.    Musa juga memaklumkan bahawa adalah tidak benar dakwaan mengatakan  isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh.  Untuk rekod Altantuya Shariibuu dibunuh pada 18 Oktober 2006 di sebuah lokasi di Shah Alam selepas ditembak dan diletupkan dengan C4.


Itulah antara kandungan temubual Malaysiakini dengan Musa Hassan yang menjawab beberapa persoalan yang diajukan kepadanya.  Pertama berhubung dengan isu tohmahan terhadap beliau yang dikatakan terlibat dengan kongsi gelap dan perjudian.  Beliau menyalahkan pihak pembangkang yang membuat tohmahan terhadap beliau untuk merosakkan reputasinya, ini kerana beliau adalah penyiasat kes Liwat I terhadap Datuk Seri Anwar.


Beliau juga menyatakan Najib tidak terlibat dengan pembunuhan Altantuya sebagaimana beliau laporkan kepada Perdana Menteri ketika itu Abdullah Badawi. Tiga orang yang terlibat ialah Abdul Razak Baginda dan dua orang pegawai polis Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dari UTK.


Dalam kes Liwat 1 rakyat faham dan mengerti dari awal kes dijalankan bahawa Anwar Ibrahim telah dianiyai.  Beliau didapati bersalah bukan kerana kes liwat atau sebarang unsur rasuah  tetapi kerana salahguna kuasa berhubung dengan siasatan liwat terhadap diri beliau.

Orang ramai juga faham dalam kes Altantuya mahkamah telah memutuskan bahawa Abdul Razak Baginda telah dilepaskan tanpa dipanggil membela diri  manakala  Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah dan dijatuhi hukuman gantung.  Hukuman gantung masih belum dijalankan sementara menanti rayuan.   

Orang yang mengatakan Rosmah berada di tempat kejadian ialah Raja Petra Kamarudin  yang selepas itu menarik semula tohmahan beliau selepas buat u-turn 360 darjah.  Orang ramai sekarang tertanya-tanya pembununyah ada tetapi siapa yang mengarahkannya menjadi tandatanya. Dalam hal ini Mat Sabu ada menerangkan dalam ceram-ceramahnya jika pakatan berkuasa di Putrajaya filem Altantuya akan disambung semula.

Berbalik kepada Musa Hassan sebagaimana disentuh pada awal-awal tadi. Musa bercakap sekarang umpama seorang ahli politik, bernas.  Janganlah hairan kalau Tan Sri Musa adalah salah seorang daripada calun boleh menang atau winnable candidate Barisan Nasional dalam pilihan raya ke-13 akan datang. Tunggu.

No comments:

Post a Comment