IKLAN

Sunday 6 May 2012

Ali Rustam UMNO Lenyap Melayu Terhapus

Ping Blog
Hak-hak istimewa orang Melayu akan lenyap.  Apabila UMNO lenyap, kekuatan politik orang Melayu juga akan terhapus.  Agama islam tidak terbela.  Ketuanan Melayu tidak hormati.  Itulah kata-kata hikmat yang diterap dan dipantak ke dalam minda orang-orang Melayu setiap kali pemimpin UMNO tersedar bahawa UMNO menghampiri lubang yang digalinya sendiri.

Datuk Ali Rustam,  Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Melaka menyatakan hak-hak istimewa orang Melayu akan lenyap jika  usaha pihak tertentu untuk melumpuhkan UMNO tidak dihalang.  Beliau berkata (sila klik) orang Melayu kini menghadapi tekanan dan cabaran paling hebat, lebih-lebih lagi ada usaha untuk melenyapkan UMNO daripada terus menjadi tunjang pemerintahan negara. Beliau menyatakan ketika penyerahan bendera Sang Saka dari UMNO Johor sempena Larian Bendera UMNO di Laman Belia Malaysia, Sungai Rambai, Melaka.

Pemimpin UMNO memang sedar bahawa UMNO BN tidak boleh diselamatkan lagi.  Maka cara yang mujarab ialah gunakan isu kaum dan hak keistimewaan Melayu untuk menarik simpati kepada mereka.  Lihatlah selama 66 tahun sudah UMNO memerintah 42 tahun di bawah UMNO lama dan 24 tahun di bawah UMNO Baru, ekonomi bumiputra masih ditaraf itu juga tidak berganjak.  Yang berganjak ialah bertambah harta-harta kroni yang rapat dengan mereka.

Sebenarnya  amat malang jika orang Melayu tidak dapat memikirkan siapa sebenaryan pemimpin-pemimpin UMNO yang dipilih pada pilihan raya 2008 tersebut.  Ada yang menang tidak dipilih memegang jawatan menteri, yang kalah dilantik jadi senator terus menjadi menteri.  Kita faham kuasa melantik adalah hak Perdana Menteri.

Cuba bertenang dan fikir seketika adakah pemimpin yang ada ini suci hatinya untuk menjalankan tugas mendahulukan rakyat. Itu janjinya.  Pemimpin yang ada sekarang  terperangkap dengan pelbagai isu-isu besar terutama rasuah, salahgunakuasa dan skandal jika tidak dibendung akan memudaratkan negara kerana kerakusan mereka.  Itu saja yang harus difikirkan. 

Kita tidak langsung untuk  menghasut supaya  mengulingkan pemimpin dengan cara yang tidak kita ingini tetapi sebagai anak jantan medannya ialah  bertanding melalui peti undi dalam satu pilihan raya bersih dan adil.   

Lojik ke Bersih 3.0 diadakan tempoh hari dengan sambutan rakyat pelbagai kaum melebihi 350 ribu orang adalah untuk menggulingkan kerajaan?.  Adakah kelihatan   kereta kebal, senjata motar, M16 atau bom-bom dibawa oleh peserta Bersih untuk menimbulkan huru-hara menjatuhkan kerajaan. Kalau flip-flops apa saja akan dikatakan untuk meracun fikiran rakyat.

Ali Rustam merayu   meminta orang Melayu supaya bersatu memperkukuhkan UMNO kerana itu sahaja kekuatan politik mereka untuk terus memegang tampuk pemerintahan negara.  

Perkataan ini akan diulang-ulang sehingga pilihan raya yang akan diadakan pada bila-bila masa saja.  Kita tunggu pula apa yang akan diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO lain selain daripada Datuk Seri Najib. Tunggu.

No comments:

Post a Comment