IKLAN

Monday 28 May 2012

Kenyataan Pemuda UMNO Lembah Pantai, Kenapa Tak Cekup Pemuda Melontar Batu?

Ping my blog
Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai, Mohamad Sazali Kamilan telah  mengeluarkan satu kenyataan jika  pihak PKR  begitu pasti yang Pemuda Umno yang melontar batu di majlis ceramah mereka Khamis lalu di Lembah Pantai, mengapa mereka tidak cekup ahli tersebut?.  

Sazali lupa bahawa dari awal jalan masuk ke tempat ceramah pakatan rakyat di Apartmen Pantai  Permai telah sedia menunggu pemuda-pemuda berbaju merah dengan membawa banner anti-Anwar Ibrahim.  Tidak jauh lebih kurang 10 meter daripada ceramah pakatan rakyat pula pihak Umno mengadakan pentas ceramah mereka dengan Umi Halfida juga mengadakan ceramah.

Semasa Nurul Izza memulakan ceramah dengan malaungkan slogan Reformasi pada kali kedua sambungan letrik ke pentas ceramah pakatan rakyat telah diputuskan. Apabila letrik berjaya disambung semula terdapat suasana panik dimana seorang warga emas mengalami cedera parah di kepala akibat balingan batu.

Persoalan mengapakah pihak PKR tidak mencekup orang yang membaling batu tersebut memang persoalan bangang. Kalau tidak masakan ada peribahasa menyebut ‘baling batu sembunyi tangan”.  Adakah orang yang membaling batu tersebut mahu mangaku mereka yang membalingnya.  Lihat sahaja Umi Halfida yang bagaikan meroyan membuat provokasi ceramah dengan menunggu pihak PKR melontarkan perkataan dengan  secara terus beliau membidas penceramah PKR dari pentas beliau.

Walaupun ada pihak-pihak mengatakan Anwar mengeluarkan perkataan "Pemuda Umno sial" ianya bukan permulaan provokasi tetapi selepas insiden balingan batu yang terkena kepada seorang warga emas menyebabkan kecederaan.  Anwar juga berjaya mengawal keadaan dengan menenangkan hadirin dengan tidak bertindak membalas provokasi pemuda-pemuda tersebut.  Kalau hendak bertindak kasar membalas perbuatan ganas, tidak terlawan mereka yang hanya berjumlah lebihkurang 200 orang berbanding kehadiran penyokong ceramah PKR pada malam tersebut. 

Biarlah kenyataan Ketua Pemuda UMNO Lembah  Pantai tersebut dinilai sendiri oleh rakyat.  Allah maha mengetahui.
 Baca lagi di sini.

No comments:

Post a Comment