Paling mencuri tumpuan adalah kehadiran bekas Timbalan Pendakwaraya semasa Anwar menghadapi perbicaraan Fitnah Liwat 2, Mohd Yusof Zainal Abiden yang bertindak sebagai peguambela Anwar bersama ahli parlimen Jelutung, Karpal Singh. Azmin Ali diwakli oleh Sivarasah sementara CheguBard diwakili oleh peguan Lateefa Koya.
Apa yang dikatakan oleh Ibrahim
sebenarnya kena ke muka beliau sendiri. Beliaulah sebenarnya political animal. Anwar melantik Datuk Yusuf tersebut bukannya percuma tetapi beliau di
upah kerana memberikan perkhidmatan seorang peguam dari sabuah firma guaman.
Ibrahim
menambah "Bagi saya tidak ada apa-apa
yang menarik di sini. Dulu dia berkhidmat dengan kerajaan dan sekarang dia
sudah bersara. Sebagai seorang peguam jika ada orang menawarkan bayaran yang
bagus pastinya mereka akan mempertahankan individu tersebut,"
Tau tak apa. Apa nak dikecohkan. Itu hak Anwar, kalau
Ibrahim Ali ada firma guaman mungkin Anwar juga akan lantik Ibrahim untuk
membelanya dengan diberi upah. Tapi tak mungkin berlaku. Jauh panggang dari api, semua rakyat Malaysia
tahu standard Ibrahim Ali. Ibrahim
boleh suarakan apa yang terbuku dihatinya untuk menunjukkan beliau Perkasa dan tak puas dengan itu tubuh Juara
nak jadi Juara. Semua orang faham
No comments:
Post a Comment