Kita lari sedikit dari tajuk politik. Kita bercerita mengenai menaip teks sms telefon bimbit ketika berjalan menjadi satu kesalahan di Fort Lee, New Jesey, Amerika.
Lain keadaanya di Fort Lee, New Jersey, Amerika, pihak polis sedang galak
mengeluarkan saman terhadap 117 pejalan
kaki yang menggunakan telefon bimbit
sedang menaip teks sms semasa berjalan.
Di Fort Lee perkara ini menjadi kesalahan. Sebelum menguatkuasa undang-undang pamlet-pamlet
telah diedarkan bagi menerangkan kepada orang ramai tentang bahaya menaip teks sms
telefon bimbit semasa berjalan. Mereka yang menggunakan telefon bimbit sambil menaip teks tidak menumpukan arah tujuan mereka yang memungkinkan berlaku kemalangan.
Dengan menguatkuasakan undang-undang tersebut
dapat memberi kesedaran kepada pejalan kaki yang mempunyai kelakuan yang
merbahaya tersebut.
No comments:
Post a Comment