Sebenarnya ahli UMNO telah diracun pemikirannya oleh tiga orang presidennya bermula dari Tun Mahathir, Tun Abdullah dan sekarang
disambung oleh Datuk Seri Najib pada setiap kali menyambut ulangtahun UMNO. Kini Najib mengatakan UMNO sudah 66 tahun
memperjuangkan nasib kaum bumiputra.
Janganlah lupa UMNO
telah diharamkan pada tahun 1988 oleh Hakim Harun Hashim dalam satu keputusan
mahkamah. UMNO menjadi satu
pertubuhan tidak sah hasil daripada
tindakan sivil oleh kumpulan 11 orang ahli UMNO atau kumpulan UMNO 11. Mahathir kemudian
telah mendaftarkan semula UMNO dan diluluskan pendaftarannya pada 13 Februari 1988 sebagai UMNO Baru. Bendera UMNO masih sama cuma diubah kedudukan
kerisnya saja.
Dengan ini jelas UMNO
sekarang ialah UMNO Baru yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir jika dikira umurnya baru
mencapai umur 24 tahuan dan bukan 66
tahun sebagaimana diwarwarkan keseluruh pelusuk tanah air.
Dalam kenyataan yang
dibuat oleh Najib perhimpunan yang
diadakan nanti membuktikan bahawa ribuan anggota parti UMNO mampu berhimpun dalam keadaan aman tanpa
mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.
Inilah satu kenyataan kebodohan seorang Perdana Menteri seolah-olah hendak
membandingkan dengan himpunan duduk bantah Bersih 3.0 yang datang dengan sukarela atas perbelanjaan sendiri. Untuk memperbodohkan rakyat bahawa himpunan Bersih 3.0 mendatangkan kemudaratan kepada orang lain. Siapakah yang berkuasa ke atas pasukan polis?
Jika tidak kerana arahan yang dikeluarkan bolehkah pihak polis mengambil
tindakan kejam seperti dirakamkan.
Banyak kenyataan yang
beliau buat merupakan kenyataan flip-flops.
Kenyataan yang apabila dibuat mendapat kritikan seluruh rakyat. Sabarlah.
No comments:
Post a Comment