Itulah kata-kata seorang bekas Ketua
Polis Negara yang tidak lagi dihormati oleh orang ramai akibat daripada
peristiwa mata lebam. Budak kecil pun
faham apa yang dimaksudkan oleh Nik Aziz tersebut. Bersih 3.0 adalah satu perjuangan orang ramai
meminta SPR dan kerajaan supaya menyediakan satu senarai pengundi yang
bersih serta mengendalikan pilihan raya
yang adil sebagai mana tuntutan lapan perkara Bersih. Maksudnya bukan pilihan raya dengan
penipuan. Itulah yang dimaksudkan tanggungjawab agama. Anak saya pun faham. Rahim juga menggelarkan Nik Aziz sebagai political animal kerana mahu kekalkan
kuasanya di Kelantan. Beliau juga
nenggelarkan Nik Aziz sebagai pelawak. Gelarlah apa-apa pun terhadap Nik Aziz. Beliau tetap Nik Aziz.
Sebagai seorang bekas Ketua Polis
Negara cuba lihat gambar-gambar dan video-video melalui Youtube, nilaikan apakah
sebenarnya berlaku. Rahim tentu faham
apakah dia provokasi bukan?. Kedatangan peserta BERSIH 3.0 bukannya untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana kenyataan Datuk Seri Najib dan Tun Mahathir.
Anak muda sekarang bukannya anak
muda di zaman Rahim. Mereka kini faham
keadaan politik dan kedudukan negara yang harus diselamatkan sebelum dihancurkan
oleh pemimpin-pemimpin yang ada. Sebab
itu mereka menyertai Bersih 3.0 untuk menunjukkan satu sokongan yang padu
supaya rakyat dapat mengubah negara melalui satu pilihan raya yang bersih dan
adil.
No comments:
Post a Comment