IKLAN

Sunday 20 May 2012

Tun Mahathir Sedih Melayu Pulau Pinang Daif

Ping Blog
Tun Mahathir kata beliau sedih melihatkan nasib Melayu di Pulau Pinang.  Masyarakat Melayu di sini daif walaupun di sekelilingnya terdapat bangunan cantik dan moden. Senario ini tidak sepatutnya berlaku di negeri majoritinya penduduk Melayu seolah-olah Melayu menjadi penduduk minoriti tidak mampu hidup selesa berbanding bangsa lain.  Beliau berkata demikian dalam satu majlis Bicara Minda  anjuran Perhubungan Veteran UMNO negeri Pulau Pinang pada 20 Mei lepas.

Mahathir menyatakan lagi beliau bimbang keadaan yang sama akan merebak ke negeri-negeri lain jika orang Melayu tidak berbuat sesuatu.

Itulah kata-kata Mahathir seorang pejuang Melayu juga Perkasa. Dulu Mahathir kata Melayu mudah lupa, sebenarnya  beliaulah orang yang mudah lupa ke sana ke mari bercakap soal nasib Melayu. Mahathir lupa selama 51 tahun BN berkuasa di Pulau Pinang, apakah agenda yang telah dilakukan untuk kesejahteraan orang Melayu dan agama Islam.  Bila sudah terantuk baru terngadah.  Semasa BN berkuasa di Pulau Pinang orang Melayu sentiasa gelisah dan membawa isu kemunduran mereka kepada kerajaan di Pulau Pinang dan juga Persekutuan, sayang suara mereka tidak diperdulikan.

Dulu semasa BN berkuasa, semua  ketua menterinya adalah berbangsa Cina dan timbalam ketua menteri terdiri daripada orang Melayu. Kini ketua menterinya Cina juga. Tetapi tidak sama Cina dulu dengan Cina Lim Guan Eng. Lim  sentiasa berusaha mengubah nasib Melayu dan juga menjaga agama Islam.  Memberi bantuan pada warga emas, mengadakan peruntukan agama islam yang besar yang dulu semasa BN diperuntukan RM12 juta kini bajet 2012 untuk agama islam mencecah RM60 juta.  Baru-baru ini pula disediakan tanah nilainya hampir RM5 juta di wakafkan menjadi tanah perkuburan islam. Kalau kelompok BN  dapat tanah yang hendak diwakaf, akan diwakaf seorang sedikit menjadi wakaf kroni.

Sepatutnya Tun harus lihat bagaimana sambutan orang Melayu ketika Ustaz Azhar Idrus berceramah, puluhan ribu orang datang mengubah Padang Kota, Pulau Pinang dari kebiasaannya sebagai tempat memancing, berlibur, lepak dan pertemuan muda-mudi menjadi tempat berkumandangnya suara azan, bersembahyang dan mendengar ceramah.  Begitulah juga akan ditunjukkan oleh masyarakat Melayu Pulau Pinang pada pilihan raya akan datang untuk kekal mengundi DAP dan Pakatan Rakyat, menolak  MCA, Gerakan  dan Perkasa?.

Oleh itu Tun jangan bersusah payah berkempen untuk BN Pulau Pinang, sebab rakyat Pulau Pinang berbagai bangsa telah bulat tekad mereka akibat daripada tindakan-tindakan ganas Perkasa dan NGO sewaktu dengannya mengganggu dan menghina pimpinan Lim Guan Eng.

No comments:

Post a Comment