Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan
Omar, yang menyatakan Pakatan Rakyat tidak akan dibenarkan untuk menggunakan
logo sendiri pada PRU ke-13 kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum
meluluskan pendaftaran gabungan tersebut.
Jika bendera parti masing-masing
digunkan ia akan lebih dikenali oleh pengundi yang jelas sudah mengetahui
pakatan rakyat terdiri daripada tiga parti DAP (roket), PKR (mata) dan Pas
(Bulan). Biarlah lambang-lambang ini
kekal sementara dalam pilihan raya umum ke-13 ini. Jika di takdirkan Allah SWT pakatan dapat
berkuaasa di Putrajaya, maka barulah boleh membuat acara bagi memperkenalkan
bendera rasmi Pakatan Rakyat.
Janganlah pakatan rakyat umpama
menyalak bukit. Bukit tetap bukit. Bukit SPR ini boleh ditarah selepas pakatan
rakyat mendapat kuasa. Sabarlah, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment