IKLAN

Thursday 10 May 2012

Ulangtahun UMNO Ke-66

Ping site
Pada 11 hingga 13 Mei 2012 United Malay National Organisation (UMNO) menyambut Ulangtahun  Ke-66.  Itu kata mereka.  Sebenarnya UMNO Lama telah mati pada tahun 1988 ketika berumur 42 tahun.  Selepas itu UMNO diwujudkan semula didaftarkan oleh Tun Mahathir dengan nama UMNO Baru pada Februari 1988.  Bendera UMNO masih kekal dengan dibuat sedikit perubahan kedudukan keris hijau tersebut. Pada 11 Mei 2012 UMNO Baru menyambut Ulangtahun ke 24.  Kerana inginkan mengambil semangat UMNO tahun 46 maka disekalikan Ulangtahun UMNO Lama dan Baru menjadi yang ke-66. Suka hatilah belalang, sejarah tidak pernah menipu.

Malam ini 10 Mei Majlis Tahlil Sempena Hari UMNO ke 66 diadakan di Surau Ar-Rahman Aras 3, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.  Esok 11 Mei 2012 bermula jam 7.00 petang akan diadakan satu Majlis Gelombang Merah bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuala Lumpur.  Hadirin akan digalakan memakai baju Gelombang Merah.

Diberitakan beribu-ribu orang akan dibawa dengan bas-bas secara percuma, makan tanggung berak cangkung dari seluruh pelusuk tanahair untuk memenuhkan stadium Nasional Bukit Jalil.  Kalau boleh melempah keluar stadium untuk menunjukkan bahawa sokongan kapada parti tidak pernah luntur. Najib akan membuktikan bahawa UMNO mampu mengadakan himpunan ribuan manusia dengan aman  tanpa memudaratkan orang lain  sebagaimana digambarkan dalam Himpunan Bersih 3.0.

Selamat Menyambut Ulangtahu ke 66 UMNO. Tahun hadapan bolehkah UMNO menyambut Ulangtahun ke 67 secara besar-besaran?

No comments:

Post a Comment