IKLAN

Wednesday 30 May 2012

Raja Nong Chik: Orang Luar Yang Baling Batu Ceramah Pakatan Di Apartment Permai, Pantai Dalam

Ping Blog
Ketua UMNO Lembah Pantai, Raja Nong Chik Raja Zainal merangkap Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar berkata insiden membaling batu di ceramah pakatan rakyat pada 24 Mei (Khamis) kemungkinan dilakukan oleh orang-orang yang diimpot dari luar di bawa masuk ke ceramah di Apartment Permai, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.


Inilah kenyataan lawak bodoh. Setiap ceramah yang diadakan oleh pakatan rakyat tujuannya adalah untuk menyampaikan maklumat terkini kepada penyokong-penyokong parti yang berminat mendengarnya walaupun datang dari kawasan luar dari Lembah Pantai. Mereka datang sendiri tidak perlu diupah. Mereka ingin mendengar isu-isu yang tidak akan disiarkan dalam media penjilat.

Dari awal jalan masuk ke Apartment Permai terdapat berbagai ragam dilkukan oleh pemuda Umno berbaju merah yang membawa sepanduk menghina Anwar dan partinya PKR sebagai menunjukkan lagak samseng.  Permulaan ceramah Nurul Izza telah diganggu dengan memutuskan sambungan letrik. Ini menunjukkan niat mereka untuk melakukan sesuatu telah ada. Janganlah pula buat kenyataan kenapa tak cekup orang yang diimpot tersebut.


Dengan menuduh perbuatan membaling batu dilakukan oleh orang luar adalah satu tuduhan yang tidak bertanggung jawab. Bagaimana mungkin pakatan rakyat mengadakan ceramah merosakkan sendiri majlis ceramah mereka.  Pihak pakatan rakyat tidak langsung untuk membalas kata-kata Ummi Halfida  di pentas Umno bersebelahan majlis pakatan yang dipisahkan oleh pagar. 

Lihat video yang menunjukkan jarak ceramah kedua-kedua pentas tersebut di apartment jaraknya hanya 10 metre sahaja. Pihak polis juga berada diantara pagar yang mengawal dan memerhatikan keadaan tersebut,  mereka tidak memperdulikan  pihak polis yang bertugas dipagar tersebut.  Jika diteliti pada video tersebut nampak sangat niat mereka untuk melakukan provokasi untuk beradu kekuatan.  

Cuba Raja Nong Chik lihat sendiri video yang disedikan. Inikah belia yang dibanggakan oleh Ketua Umno Lembah Pantai yang mengatakan anak buahnya beradab dan beliau tahu hati budi mereka.  Kalau beradab mengapakah Adam Adli ditumbuk di flat Kampong Kerinci. Adakah yang menumbuk Adam Adli tersebut orang yang diimpot.


Carilah alasan apa sekali pun orang faham.  Datuk Shahrizat juga faham jika tidak masakan beliau mengatakan pemimpin Umno semuanya bermasalah.  Apa yang diperkatakan terhadap Shahrizat rupanya berbalik kepada diri sendiri.
Allah Maha kaya dan Maha mengetahui.

Baca pendapat di sini





                       Lihat video menunjukkan pemuda Umno mengganggu
                                 ceramah Anwar di Apartment Permai, Pantai Dalam




No comments:

Post a Comment