Pada 10 Mei 2012
Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil
dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) yang diketuai Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah, telah mengadakan gerai burger dengan memberi burger secara percuma
di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara pada
jam 2 petang dan beredar kira-kira 1 jam kemudian.
Sementara
itu dalam satu kenyataan
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar menyatakan bahawa
tindakan peniaga burger itu dibenarkan selagi tidak mengganggu ketenteraman
awam.
Walau bagaimanapun
perbuatan ‘senaman punggung” yang
dilakukan oleh PVTM tersebut telah dikritik oleh Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera
(KERABAT) dan rakan-rakan mereka dalam
pasukan keselamatan. Menurut Presidennya,
Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar, senaman aneh di hadapan rumah Ambiga bertentangan dengan prinsip kesopanan dan kesusilaan.
Perbuatan PVTM tersebut mendapat kritikan Presiden Teras Pengupayaan Melayu
(Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid menyifatkan ‘senaman punggung’ oleh bekas
tentera di depan kediaman Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga sebagai
tindakan bodoh dan gila. Tindakan itu tidak patut diterima oleh mana-mana
pihak kerana ia tidak menunjukkan tata susila dan budaya Melayu yang sebenar.
Menurut S Barathidasan tindakan ini tiada kena mengena dengan protes terhadap gerai burger di rumah Ambiga tetapi kerana menghormati Datuk Seri Khalid yang berkata bahawa “gerai boleh dibuka di hadapan rumah orang dan kami menghormati apa yang beliau kata”
Ada mata pandang, ada telinga dengar. Tunggulah samada hasrat Ngo WargaAman tercapai atau tidak untuk mempromosikan makanan tosai di depan rumah Datuk Seri Khalid. Saya pun mahu turut sama merasai tosai percuma.
No comments:
Post a Comment