IKLAN

Friday 11 May 2012

Najib Disambut Gelombang Merah Stadium Nasional Bukit Jalil

Ping Blog
Semalam 11 Mei 2012 Stadium Nasional Bukit Jalil dipenuhi oleh Gelombang Merah sempena ulangtahun Ke-66 Umno. Kira-kira 50 ribu orang memenuhi stadium termasuk di tengah padang.  Sungguh bangga Najib melihat suasana ini. Maka dapatlah beliau melupakan sambutan lengang terhadap beliau pada minggu lepas  bersantai di Kuantan.  

Benarlah apa yang diperkatakan majlis UMNO jika mahu nampak mendapat sambutan sediakan bas angkut orang ramai, beri Tshirt, beri duit poket maka baru nampak meriah.  Kemudian Najib keluarkan kenyataan “hari ini sokongan kita semakin meningkat”.

Ucapan bersemangat Najib yang hampir terkeluar anak tekak banyak diluahkan dari hatinya untuk menghentam pembangkang.  Mentafsirkan kehadiran orang ramai dalam gelombang merah tanda sokongan bertambah, Najib dengan takburnya mencabar pembangkang agar berhimpun di stadium seperti dilakukan oleh Umno jika benar-benar mahu menunjukkan kekuatan.  Sambil menyindir "kita tidak perlu ramai anggota polis. Anggota polis kelihatan ceria belaka. Mereka kelihatan senyum belaka. Mereka tidak ada tension, kita pun tidak ada tension.  Kenapa kalau Umno boleh berhimpun dalam stadium, pihak-pihak lain tidak boleh?’.  Inilah kenyataan HARAM JADAH.
Janganlah berbangga dengan kehadiran yang sengaja diramaikan dalam paksa. Jangan pula berniat hendak membandingkan dengan ramainya Gelombang Merah di stadium Bukit Jalil dengan kehadiran peserta Kuning Bersih 3.0 di Bandar Kuala Lumpur, amat memalukan umpama bumi dengan langit.

Kerana seronok menghentam pembangkang dengan mengemukakan tujuh perinsip sebagai panduan menghadapi pilihan raya ke 13 yang akan datang, Najib langsung lupa kepada Allah.  Semua kejayaan negara   adalah dihasil oleh parti Umno, MasyaAllah.  Lihat kata-katanya bagaikan tidak bertuhan “Ayuhlah! Jangan gerimis, hujan pun mari kita redah.  Jangan ribut taufan pun kita harungi.  Jangan air bah, gelombang badai pun harus berani kita harungi.  Jangankan gerhana, gelap gelita pun pasti kita terangi. Ayuhlah semua’’.  

Kemudian kata Najib lagi  “Biar berdentum guruh dilangit, walau kilat sabung-menyabung, berpaksilah kepada parti Umno, berbekalkan kepada janji oleh Barisan Nasional. Hidup Umno, hidup Barisan . Selamat ulang tahun Umno”.  Nasib baik kata-kata takbur ini tidak disambut oleh kilat sabung-menyabung.

Biarlah Najib tidur lena kerana seronok dibuai mimpi yang indah melihat suasana gelombang merah yang tidak pernah beliau rasai.  Semoga suasana ini tidak menggambarkan sebaliknya apabila menjadi anak jantan di peti undi dalam pilihan raya yang ke-13 ini.   

Najib dengan bangga berkata oleh kerana semua sudah kena demam pilihan raya rasa-rasa beliau esok  hendak mengadap  Agong.

Buatlah apa yang patut.  Asalkan bahagia.  Pihak pembangkang juga tidak sabar-sabar hendak melihat Najib mengadap Yang DiPertuan Agong.

No comments:

Post a Comment