IKLAN

Sunday 13 May 2012

BN Akan Kalah Pilihan Raya Ke-13

Ping Blog
Barisan Nasional akan kalah teruk dalam pilihan raya ke 13 yang akan datang. InsyaAllah.  Datuk Seri Najib  amat sukar untuk memilih tarikh untuk mengadakan pilihan raya.  Waktu sudah suntuk.  Tempoh yang ada sehingga April 2013, tidak sampai pun setahun.

Dapat kita rasakan apa yang ada dalam benak Najib. Menunggu lama lagi mendatangkan mudarat pada dirinya sendiri. Membubarkan parlimen yang terpaksa dibuat juga bakal mengundang risiko yang harus diterima.

Najib telah mencabar pihak pakatan rakyat dalam banyak perkara.  Semasa mengumumkan durian runtuk kepada warga Felda di Jengka 8, Jerantut beliau meminta pembangkang jadi anak jantan berlawan dalam peti undi dalam pilihan raya.  Inilah yang ditunggu bukan sahaja pakatan rakyat tetapi oleh rakyat jelata untuk sama-sama mahu menunjukkan anak jantan dan anak betina.  Tetapi Najib sendiri kecut perut untuk membubarkan parlimen.

Pada perhimpunan gelombang merah sempena ulangtahun Umno ke-66 (sebenarnya 24), Najib yang mentafsirkan kehadiran ramainya orang yang hadir pada malam itu sebagai sokongan bertambah kepada Umno, sekali lagi mencabar pembangkang jika boleh mengadakan perhimpunan di stadium seperti Umno adakan mendapat sambutan ramai.  Sebenarnya rakyat yang menonton TV di tipu oleh TV1 dan TV3 yang tidak sanggup memfokuskan kamera mereka ke tempat duduk kosong.  Stadium Bukit Jalil yang mempunyai kapaksiti 83 ribu tempat duduk tidak pun penuh.  Jika diambil kira hanya terdapat kira-kira 40 hingga 50 ribu orang sahaja, senak saja kalau untuk membandingkan penyertaan Bersih 3.0 pada 28 April yang lepas.  Walaupun diangkut dengan bas, diberi duit poket  dan T Shirt percuma tidak juga dapat memenuhkan stadium Bukit Jalil.  

Tunggulah pada 1 June 2012 yang akan datang “kata bersahut, gayung bersambut” pihak parti Pas akan mengadakan himpunan raksaksa di Alor Setar, Kedah sebagai menggantikan Muktamar Pas yang ditunda pada November depan untuk menunjukkan kepada Najib bahawa penyokong Pas tak perlukan polis, polis tak tension, polis senyum sahaja apabila himpunan ini diadakan kelak.

Berbalik kepada tarikh pilihan raya dan kecundangnya Barisan Nasional dalam pilihan raya ke 13.  Kata Najib oleh kerana sekarang banyak orang telah demam pilihan raya maka beliau tidak sabar-sabar untuk mengadap Yang DiPertuan Agong.  Sebenarnya bukan orang demam menunggu tarikhnya tetapi orang tidak sabar menunggu tarikh keramat tersebut. Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional juga tidak sabar-sabar menunggu tarikh pilihan raya diumumkan  untuk menempah tikit keluar negara selepas sahaja mereka membuang undi.  Mereka seolah-olah telah dapat merasakan  nyawa BN sedang ditarik perlahan-lahan  untuk dikuburkan.  Biarlah berita duka kekalahan BN kelak diterima mereka semasa di luar negara.

Orang bijak pandai dan orang yang rajin meneliti meramalkan BN akan kecundang.  Pakatan Rakyat InsayaAllah akan mengambil-alih Putrajaya.  Ramalan orang bijak pandai kemenangan pakatan rakyat  pada kerusi Palimen dan Negeri akan saya  disiarkan pada malam sebelum mengundi InsayAllah.

Ingatlah kepada Allah SWT.  Berdoalah kepadanya supaya pengundi-pengundi dapat bertenang dalam membuat keputusan.  Ada satu kejadian yang perlu diturunkan di sini untuk mengingatkan diri kita akan kekuasaan Allah.  Dua minggu lepas ipar saya datang ke Kuala Lumpur untuk mengambil anak perempuannya yang belajar di Nilai untuk dibawa menjalani pelajaran praktikal di Ipoh.   Beliau menggunakan kereta Proton Saga BLM.  Dalam perjalanan sebelum sampai di R&R Tapah kereta beliau berasap. Kerana tidak yakin beliau patah balik semula ke Ipoh untuk meminjam kereta kawan bagi meneruskan perjalanan. Kawannya telah meminjamnkan kereta kepadanya jadi dapatlah meneruskan perjalanan ke Nilai.  Kira-kira jam 3 petang saya menerima panggilan talipon mengatakan kereta yang dipinjamnya rosak.  Jadi terpaksalah saya membantunya. Iktibar dari cerita tersebut ialah Allah SWT telah menetapkan bahawa Qada dan Qadar pada hari itu apa cara sekalipun kamu buat gunakan kereta kamu, pinjam kereta kawan kalau Allah kata rosak, tidak dapat kita elak pasti rosak juga.

Begitulah perbandingan yang akan berlaku dalam pilihan raya akan datang walau apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional    untuk memenangi dalam pilihan raya akan datang, jika kata Allah TIDAK maka TIDAK  akan berlaku kemenangan yang di rancang tersebut. 

Cukuplah setakat kuasa yang dipegang selama 66 tahun yang dikurniakan oleh Allah SWT.  Berilah peluang kepada orang lain untuk mentadbir sebuah negara dengan jujur adil dan saksama.  Kerajaan-kerajaan yang ada di dunia ini yang terlalu lama memerintah telah satu persatu turun menyembah bumi dari kekuasaan mereka.  Mereka juga tidak menyangka kuasa mereka boleh jatuh sebegitu rupa. Selama ini pemimpin-pemimpin soalah-olah hilang akidah mereka menganggap UMNO saja boleh memerintah dan memberi  serba-serbi kemakmuran kepada rakyat.   

Ingatlah kuasa yang ada hanyalah kuasa TOL dan bukan milik kekal.  AllahuAkbar.

No comments:

Post a Comment