IKLAN

Tuesday 15 May 2012

Demonstrasi Perkasa Pulau Pinang Adalah Untuk Jumpa Lim Guan Eng

Ping Blog
Tiba-tiba saja Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Azudin bersuara menjelaskan demonstrasi-demonstrasi yang diadakan anjuran Perkasa tujuannya adalah untuk bertemu dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Bagaimana pula  Lim boleh berjumpa dengan  mereka, sedangkan  cara dan lagak mereka adalah hendak tunjuk perkasa secara samseng. Janganlah hendak mempertahankan perbuatan Perkasa sebelum ini, sememang tujuannya adalah untuk mengganggu ketenteraman Lim.  Apabila Lim enggan berjumpa dengan mereka, mereka katakan pula Lim harus berdepan dengan masalah. Munasabah ke?.

Apa yang diperjuangkan oleh Perkasa adalah untuk menaikkan nama Ibrahim Ali.  Sekiranya Lim tidak kisah dan ambil peduli tentang nasib rakyat bagaimana pula kebanyakan rakyat Pulau Pinang dan orang luar dari Pulau Pinang memujinya.

Nampak sangat kenyataan yang dibuat oleh Mohd Rizuad memakan diri  “Lim tidak ambil kisah tentang nasib rakyat Pulau Pinang dan PERKASA”.  Nasib rakyat Pulau Pinang terbela, hendak membela nasib Perkasa tentang apa? Inilah dikatakan perjuangan untuk peribadi.  

Menggantung gambar Lim berkalung bunga sebagai simbolik kematian Lim pada masyarakat Melayu adalah  satu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.  Oleh kerana menyedari  perbuatan mereka telah dikutuk ramai dan rasa bersalah menghantui diri, maka dikeluarkan kenyataan bahawa perbuatan mereka bukan untuk menghina agama lain.  Semasa melakukan perbuatan tersebut tidak berfikir panjang.  Hanya orang yang bangang saja yang akan menyokong tindakan Perkasa tersebut.

Kenyataan bahawa demonstrasi yang ditujukan kepada Lim tidak keterlaluan adalah satu kenyataan sungguh tidak bertanggungjawab. 

Cuba lihat apa yang Perkasa lakukan terhadap Lim dengan menunjukkan kasut kepadanya semasa Himpunan Hijau 2.0 di Pulau Pinang membantah Lynas.  Inikah yang dikatakan tidak keterlaluan.  Bukankah orang yang bernama Mohd Rizuad Mohd Azudin yang menunjukkan kasut tersebut adalah orang yang sama menggantung gambar Lim berkalung bunga di gate rumah Lim?.


Janganlah jatuhkan maruah orang Melayu Pulau Pinang yang dianggap bersantun dan berbudi bahasa, telah dicemari oleh segelintir insan yang mencari publisiti diri. Umno Pulau Pinang kini terperangkap dengan perbuatan-perbuatan jijik Perkasa cuba menjauhkan diri daripada mereka.

No comments:

Post a Comment