IKLAN

Friday 18 May 2012

Senaman Punggung PVTM Sambung Di Rumah Khairi Jamaluddin

Ping site
Persatuan Veteran Tentera Melayu (PTVM) yang diwakli Presidennya Mohd Ali Baharom yang mengadakan “senaman punggung” selasa lepas (15 Mei ) di hadapan rumah Pengerusi Bersama BERSIH 3.0 S Ambiga di Bukit Damansara meminta rakyat berterima kasih kepada mereka kerana dengan mengadakan senaman tersebut membuatkan Ambiga membatalkan hasrat untuk mengadakan BERSIH 4.0.

Perbuatan mereka dikritik oleh banyak pihak yang menganggapnya sebagai satu perkara yang hina yang tidak sepatutnya dilakukan oleh bekas tentera.  Mohd Ali juga mencabar Ambiga mengambil tindakan mahkamah sekiranya tidak berpuas hati di atas perbuatan mereka.

Mohd Ali kena faham apa yang beliau lakukan bersama-sama kumpulan beliau menongeng pungung dan menggoyangkannya dan di hadapkan ke pintu pagar rumah Ambiga boleh diambil tindakan di bawah ‘ganguan seksual’, walaupun Mohd Ali menafikannya.

Selepas mengadakan “senaman punggung” di rumah Ambiga, kumpulan bekas tentera PVTM bercadang mengadakan sekali lagi senaman di hadapan rumah Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula. Ini kerana mereka marah di atas kritikan Khairi yang menganggap  perbuatan mereka adalah tidak wajar, tidak masuk akal dan menjadi bahan ketawa dunia.

Sememang benar apa yang disuarakan oleh Khairi tersebut, kerana ada cara lain  untuk meluahkan perasaan dan pendapat.  Mohd Ali pula menuduh Khairi supaya menjaga pemuda Umno, Khairi berdendam kerana tidak dapat jawatan menteri.  Kenapa Khairi perlu berdendam dengan PVTM apakah urusan PVTM dengan Khairi sebelum ini.  Ini menunjukkan Mohd Ali bercakap macam orang tidak matang, menggunakan otak di letak di ……. . Kalau hendak menunjukkan mereka patriotik kepada negara dan  marahkan Himpunan Bersih ini bukanlah caranya.  Apa yang Khairi kata satu dunia mentertawakan perbuatan PVTM tersebut ada kebenarannya.  

Tunggulah senaman punggung PVTM sekali lagi di hadapan rumah Khairi pula untuk dirakamkan  videonya disalurkan ke dalam Youtube untuk melihat berapa ramai  yang 'like'.  

Mahu juga kita dengar  berita samada perbuatan “senaman punggung” tersebut membolehkan Mohd Ali mendapat gelaran Datuk. Tunggu.

No comments:

Post a Comment