IKLAN

Tuesday 1 May 2012

UNDILAH BN, Khaled Nordin Mula Kempen Cara Pos


Ping Blog
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin (Ahli Parlimen Pasir Gudang) telah memulakan kempen secara pos dengan menghantar surat merayu undi kepada pengundi-pengundi Kawasan Parlimen Pasir Gudang, Johor.

Apa yang dipersoalkan ialah Khaled telah menggunakan kemudahan kerajaan (URUSAN SERI PADUKA BAGINDA) untuk menghantar surat-surat tersebut kepada pengundi-pengundi di kawasan beliau supaya mengundi BARISAN NASIONAL (BN) dalam pilihan raya ke-13 yang akan datang pada bila-bila masa.

Surat ini diterima oleh seorang yang pelayar ‘facebook’ berbangsa Tionghua bakal pengundi pertama kali di atas namanya.  Pada sangkaanya satu surat istimewa kerana tercatat "URUSAN SERI PADUKA BAGINDA"  Apabila dibuka surat tersebut adalah merupakan surat merayu undi dari Khaled.

Nampaknya Khalid sedar rakyat sudah berpaling jauh ke arah perubahan untuk mencari pengganti kepada sebuah parti yang dapat merobah Malaysia kepada Malaysoa Baru yang tidak rasis. Mencampakkan jauh-jauh parti UMNO BN yang telah terlalu lama memerintah Malaysia. Tidak lain tidak bukan ialah  gabungan parti Pakatan Rakyat. 

Bagaimana pun sekalong tahniah kepada Khaled yang sedang cuba bergantung kepada talian hayat pengundi-pengundi di kawasan Parlimen Pasir Gudang supaya ‘JANGAN TINGGAL DAKU’.  Selamat berusaha.

No comments:

Post a Comment