IKLAN

Wednesday 9 May 2012

Najib 1Malaysia, Pegawainya Tanamkan Kebencian Terhadap Bukan Melayu

Blog Ping Tool

Hasrat Datuk Seri Najib untuk menyatukan rakyat Malaysia melalui gagasan 1Malaysia hanyalah satu retorik.  Semasa mengumumkan gagasan tersebut tidak ada orang yang faham maksud 1Malaysia. Najib ke hulu ke hilir turun padang memberitahu rakyat berhubung slogan 1Malaysia tersebut.
  

Bagi pegawai kerajaan tiada usaha langsung dibuat untuk memberitahu orang ramai apakah yang dimaksudkan dengan 1Malaysia. Usaha Najib tersebut seolah-olah disabotaj oleh pegawai-pegawai kerajaan dan Ngo-Ngo dengan memberi ceramah-ceramah yang sungguh rasis menghina kaum-kaum lain seperti Cina dan India. Inspirasi Najib untuk melihat kejayaan 1Malaysia sungguh malang, tidak akan tecapai sehingga bila-bila.

Hari ini ADUN Teja, Chang Lih Kang dari PKR telah mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen Malaysia dengan membawa bukti-buktinya sekali bagaimana terdapat dua insiden hasutan berlaku di Perak. Pertama melibatkan penolong setiausaha Majlis Keselamatan Negara (Negeri Perak) Abdul Rahim Abdul Karim dalam satu Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Gopeng pada 24 Mac 2012 . Abdul Rahim  menimbulkan kebencian ke atas orang bukan Melayu dalam ucapannya mengatakan: "Orang Cina dan India dibawa masuk oleh penjajah British hanya sebagai pekerja dan mereka tidak berhak menuntut apa-apa keistimewaan. Sehubungan dengan itu lima orang ibu bapa pelajar sekolah tersebut telah membuat laporan polis terhadap Abdul Rahim.

Insiden kedua melibatkan seorang penceramah Mohd Hilmi Ismail dalam program ceramah bertajuk "Ancaman Kepada Melayu – PRU 13" anjuran gabungan NGO Majlis Perunding Melayu pada 15 April 2012.  Mohd Hilmi Ismail membawa isu sekiranya Pakatan Rakyat menang, Singapura akan dibawa masuk menyertai Malaysia. Yang lebih dahsyat sekali apabila Ismail meminta hadirin yang hadir memukul anggota DAP dengan menyepak, terajang dan menumbuk mereka. Jika kena denda beliau akan membayar denda RM250/ dan jika masuk lokap beliau akan membayar RM500/ untuk selesai.

Apa yang dilakukan oleh penceramah-penceramah tersebut adalah satu bentuk hasutan yang jelas boleh diambil tindakan di bawah Akta Hasutan.  Perbuatan kedua-dua penceramah tersebut adalah untuk menarik perhatian orang Melayu supaya membenci orang-orang bukan Melayu iaitu Cina dan India juga parti-parti gabongan Pakatan Rakyat, DAP, PAS dan PKR yang memungkinkan akan mengambil alih negeri Perak cara anak jantan dan terhormat melalui peti undi.

Penceramah tersebut seolah-olah direstui oleh kerajaan UMNO BN sebagai usaha meracuni fikiran orang Melayu supaya membenci parti  Pakatan Rakyat.  Jika perkara ini benar maka usahlah bercakap berbuih-buih mengenai 1Malaysia. Lebih baik lupakan sahaja.

( sila baca klik sini )

No comments:

Post a Comment