Anuar Musa telah memecahkan tembok politiknya sama-sama menurunkan tandatangan di banner yang disediakan di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil tanda menyokong tuntutan rakyat Kelantan mengenai tuntutan wang royalti minyak Petronas. Ini dilakukan bersempena perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Sime Darby pada 19 Mei yang lepas.
Walaupun Anwar dikatakan pernah terlibat dalam isu pertabalan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan, dengan sokongan terbaru yang diberikan kepada isu royalti ini sekurang-kurangnya yang keruh dahulu dapat dijernihkan. Dengan sokongan ini dapat kita dilihat siapakah orang-orang yang paling kuat menentang hasrat rakyat Kelantan menuntut royalti minyak tersebut. Nama Awang Adik dan Mustapha Muhamad tidak akan hilang dari bibir rakyat Kelantan dalam memperkatakan perkara ini. Hidup dan mati mereka kerana UMNO. Tiada kuasa lain selain kuasa UMNO yang boleh memerintah Malaysia, talian hayat jangan dilepaskan.
Jika apa yang ditunjukkan oleh Anuar Musa tersebut satu sokongan sebenar dan ikhlas maka diharapkan usaha ini harus diteruskan. Ikutlah cara Tengku Razaleigh yang sanggup naik pentas bersama-sama menyuarakan sokongan tidak berbelah bahagi. Beliau bijak memisahkan antara politik dan kebajikan rakyat Kelantan. Kepada Anuar, jangan pula nanti apabila kena sergah berpusing 360 darjah suku dan membawa cat untuk memadam tandatangan sendiri di banner. Semoga tidak.
No comments:
Post a Comment