IKLAN

Thursday 17 May 2012

PM Najib Yang Bermasalah Bimbangkan UMNO BN Dan Mahathir

Ping Blog
Semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menyambung jawatan  Perdana Menteri Malaysia selepas pilihan raya umum ke 12 pada 2008, beliau tidak sempat pun mengahabiskan penggal beliau kerana tekanan dari berbagai sudut termasuk dari Tun Mahathir. Maka beliau melatak jawatan dan digantikan pula oleh Datuk Seri Najib.  Kemarahan Mahathir terhadap Abdullah lebih ketara apabila Abdullah membatalkan apa yang diusahakan oleh Mahathir iaitu projek jambatan bengkok menghubungi Johor Bharu dan Woodland, Singapura di Tambak Johor.

Apabila Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri 1Malaysia, Mahathir berasa lega kerana usaha dan niatnya agar Abdullah diganti telah tercapai.  Najib kini telah menjadi Perdana Menteri selama empat tahun, telah memperkenalkan beberpa tranformasi untuk negara. Rupa-rupanya menaikkan Najib sebagai Perdana Menteri tidak juga menenangkan hati Mahathir.  Menambahkan lagi  kerisauan beliau, ini kerana Mahathir telah nampak bahawa Najib adalah seorang Perdana Menteri yang lemah.

Sebagai langkah mengimbangi semula kelemah Najib tersebut, Mahathir telah memainkan peranannya mengambil peluang dalam ceramah-ceramahnya, kenyataan media dan melalui laman sosialnya Che Det menyerang apa sahaja isu-isu yang timbul dari pihak pakatan rakyat seperti isu Bersih 3.0, Majlis Peguam, menyokong tindakan polis terhadap Bersih dan sebagainya.  Mahathir faham sokongan rakyat terhadap UMNO BN telah menurun lebih-lebih lagi Najib sendiri banyak dihantui masalah kerana isu-isu peribadi, rasuah dan sebagainya yang tidak mudah untuk dijawab dan diselesaikan umpama bom jangka yang akan meletup memusnahkan UMNO BN yang amat sukar untuk dipulihkan kelak. Permasalahan Najib juga membimbangkan ahli Umno keseluruhannya yang sama-sama merasa bahangnya.

Inilah yang ditakuti oleh Mahathir.  Beliau takut sungguh UMNO BN kalah dalam pilihan raya ke-13 yang akan datang. Sekiranya diamati tulisan-tulisan, kenyataan  beliau akhir-akhir ini seakan orang yang ketakutan,  kenyatannya umpama orang yang sedang berkhayal dengan mewarwarkan bahawan Barisan Nasional akan menang besar. Tugas Mahathir juga masih belum selesai, ini kerana kedudukan anaknya Datuk Mukhriz dalam politik negara belum begitu kukuh. Jika mahu membandingkan dengan dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (menantu Paklah) amat jauh bezanya.  Cuma Khairy belum ada rezeki untuk menjadi menteri.

Kita ikuti perkembangan semasa dimutakhir ini, Mahathir akan bercakap apa sahaja siang dan malam jika ada peluang dan masa.  Hari itu kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar.  Marahkan seseorang beliau merajuk dan bertindak keluar dari Umno. Oleh kerana tersedar sudah tiada lagi talian hayat maka mohon semula menjadi ahli Umno.

Sekiranya dimakbulkan Allah SWT doa-doa insan teraniayai dan dikejami Pakatan Rakyat dapat mengambil Putrajaya, ke manakah orang yang berkuasa dan gila kuasa ini akan berkiblat.  Ada telinga dengan, ada mata pandang.  Saksikan.



No comments:

Post a Comment