IKLAN

Wednesday 16 May 2012

Penyapu Khir Toyo Dan Haram Jadah Najib

Ping Blog
Menghina kepada sesama insan adalah satu perbuatan yang tidak baik dan dilaknati  Allah.  Kadang-kadang laknat Allah itu disegerakan dan kadang-kadang sebaliknya. 

Teringat satu peristiwa pada November 2007   Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dalam satu majlis sempena Bulan Kualiti 2007  Selangor  telah menganugerahkan sebatang  penyapu kepada Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) yang diwakli Yang Dipertuanya, Tukiman Nail dan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor kerana tidak mencapai sasaran kutipan cukai.

Langkah yang dibuat oleh Dr. Mohamad Khir Toyo tersebut sebagai tanda simbolik kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pejabat tanah dan daerah (PTD) untuk mereka berusaha lebih giat lagi dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan di PBT masing-masing.  Perbuatan Khir tersebut mendapat kritikan pelbagai pihak dan dianggap satu perbuatan penghinaan dan keji dan mengaibkan kakitangan awam. 

Pada pilihan raya ke-12 tahun 2008 Kerajaan Selangor  di bawah Menteri Besar, Dr. Mohamad Khir Toyo telah jatuh dan kalah kepada Pakatan Rakyat.  Kemudian pada 23 Disember 2011 bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo  tersebut didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam  terhadap tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta di Seksyen 7 Shah Alam, Selangor.  Mungkin inilah yang dikatakan pembalasan yang diterima akibat daripada perbuatan yang dilakukan. Hanya Allah sahaja mengetahuinya.

Perbuatan menghina rakyat juga  dilakukan oleh seorang yang bertaraf Perdana Menteri 1Malaysia  iaitu Datuk Seri Najib.  Beliau telah menghina warga Felda yang tidak sehaluan dengan hasratnya untuk penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) dengan penghinaan yang dahsyat iaitu  dengan kata-kata “HARAM JADAH”   dua kali dalam ucapannya  di hadapan warga Felda dalam acara sumbangan ‘Durian Runtuh’ RM15,000 di Jengka 8, Jerantut, Pahang pada 8 Mei 2012.

Kata-kata Najib “Haram jadah mereka tu. Jangan terima kebaikan daripada penyenaraian (FGVHB). Saya nak tengok muka-muka mereka ni terima durian runtuh. Haram jadah.” 

( klik  video  lihat sendiri)


Kita ingin lihat  adakah kuasa yang Najib miliki tersebut kuasa TOL atau Hak Milik Kekal. Ingatlah Allah mengetahui dan melihat semua perbuatan baik dan kemungkaran yang dilakukan kita didunia ini.  Perpatah Melayu menyebut ‘tuah ayam Nampak dikaki, tuah manusia?’  Ada mata lihat  ada telinga dengar. 

Nasib Khir Toyo sudak kelihatan , Nasib Najib  Allah sahaja menentukan.

No comments:

Post a Comment