IKLAN

Friday 4 May 2012

Najib Cabar, Kalau Anak Jantan Mari Bersaing Di Peti Undi

Ping Blog
Kadang-kadang nak tergelak pun ada. Kalau tergelak pula nanti mesti terguling-guling apabila terbaca kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengulas mengenai Bersih 3.0 pada Sabtu 28 April 2012 yang lepas adalah sebagai satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih rakyat secara demokrasi. Kenyataan tersebut dibuat ketika berada di Padang Pusat Sivik,  Gua Musang, Kelantan  ketika merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan dalam lawatan kerja sehari beliau.  

Kenyataan Najib sama saja nadanya dengan kata-kata Tun Mahathir ‘mereka tahu mereka tidak boleh berjaya melalui pilihanraya maka  gunakan Bersih nak gulingkan kerajaan’.

Lihatlah gambar-gambar  dan video-video yang ada di blog-blog dan juga youtube. Nilaikanlah sendiri apa yang patut.  Nak salahkan peserta Bersih atau nak memuji kecekapan dan kemesraan pihak polis semasa berhadapan dengan peserta Bersih 3.0. Apa-apa saja  jika ini boleh memberi kepercayaan dan menarik sokongan rakyat kepada kerajaan UMNO BN. Buatlah.

Kalau wartawan-wartawan negara telah diperlakukan dengan zalim, laporan-laporan wartawan dari luar negara diedit (digelapkan) siapakah yang akan mempercayai kita lagi.  Kemudian hendak menubuhkan pula badan bebas menyiasat laporan keganasan polis pada Bersih 3.0. Apa guna Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam)?. 

Perdana menteri berkata kerajaan telah menawarkan lokasi yang sesuai untuk mereka berhimpun secara aman termasuk di Stadium Merdeka tetapi mereka menolak tawaran itu.

Cakap tidak serupa bikin dulu pun cakap nak beri Stadium Merdeka lepas itu flip flop, sekarang timbul lagi nak beri Stadium Merdeka, poordah.

Untuk pengetahuan Najib, jangan seronok cabar saja.  Pembangkang boleh juga mencabar  supaya membubarkan Parlimen dan mari bersaing melalui saluran pilihan raya yang adil. Pembangkang memang anak jantan, memang tidak  sabar-sabar lagi menunggu pilihan raya untuk bersaing di peti undi.
 
Insaf dan sedarlah, kuasa yang kita ada diberi oleh Allah SWT hanya kuasa sementara.  Bila-bila masa boleh ditarik balik.  Macam-macam cara Allah boleh lakukan.  Walau apa sekali pun perncangan kita kalau Allah tidak mengizinkan jangan harap dapat yang apa kita rancangkan. Allah Maha Mengetahui.

No comments:

Post a Comment