Setelah melihat
rakaman-rakaman video yang dikeluarkan di Youtube maka dapat dirumuskan bahawa
perhimpunan aman DUDUK BANTAH Bersih 3.0 pada 28 April 2012 yang menjadi mangsa
sebenarnya ialah peserta Bersih 3.0 dan pihak polis yang bertugas.
Bersih 3.0 asalnya adalah satu perhimpunan Duduk Bantah dijadualkan di Dataran Merdeka. Walaubagaimana pun pihak DBKL telah tidak membenarkan menggunakan Dataran Merdeka yang dikhususkan untuk acara peringkat nasional. Pihak polis juga telah mengambil tindakan dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang penggunaan Dataran Merdeka. Oleh itu langkah yang diambil oleh Bersih 3.0 ialah berhimpun disekitar berhampiran kepada Dataran Merdeka. Penganjur juga telah memberi amaran kepada peserta supaya mematuhi arahan supaya tidak melanggar undang-undang dan tidak menceroboh Dataran Merdeka.
Muat turun video Youtube dan gambar-gambar yang dikeluarkan oleh bloggers, terdapat peserta-peserta Bersih yang tidak memakai TShirt Bersih siap memakai sarung tangan khusus bertindak sangat ‘berani’ daripada peserta-peserta yang lain terutama melakukan kerja membuka halangan dawai berduri dan mengalihkan kon-kon merah putih seolah-olah membuka jalan atau menjemput peserta Bersih masuk ke Dataran Merdeka. Inilah agaknya yang dimaksudkan oleh penulis blog Sang Kelembai, Zahrain bahawa pihak polis menyamar ada dalam kelompok peserta Bersih yang akan bertindak apabila menerima arahan.
Dari penelitian yang
dibuat, permulaan tembakan gas pemedih mata dibuat oleh pihak polis apabila
mendapati ada usaha pembukaan halangan di trafik light persimpanmgan Jalan Tun Perak di hadapan
bangunan mahkamah lama. Ketika ini pemimpin-pemimpin pakatan seperti
Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Mat Sabu dan lain-lain berada di atas kenderaan
terbuka. Selepas beberapa ketika sahaja tembakan gas berlaku diikuti
dengan pancutan air dari lori FRU. Ini menyebabkan suasana menjadi
panik dan tidak terkawal lebih-lebih lagi himpunan manusia amat padat untuk
bergerak ke belakang arah Jalan Raja Laut.
Mengapakah perkara
ini berlaku?. Sudah tentu ada manusia yang mengeluarkan arahan
supaya melakukan kekejaman tersebut. Mereka adalah orang-orang yang ingin mengekalkan kuasa
yang sedang dipegang sekarang. Pihak polis telah menjadi mangsa oleh orang yang rakus untuk memegang kuasa yang sementara dan bukan kuasa yang mutlak.
Pihak polis telah digunakan sewenang-wenangnya oleh pemimpin-pemimpin yang mahu mengekalkan kuasa
UMNO BN bagi menghadapi rakyat yang hanya memperjuangkan satu asas demokrasi iaitu pilihan
raya yang adil.
Peserta Besih 3.0
yang hampir 350 ribu tersebut juga menjadi mangsa kepada manusia yang
mahu mengekalkan kuasa. Orang yang tidak bersalah masih meraung
kesakitan akibat cedera dan patah ruyuk, mereka tidak akan melupalkan peristiwa ini.
Walaupun pihak polis juga menjadi mangsa, mereka tidak akan memaafkan apa
yang telah diperlaku ke atas mereka.
Mereka kini tidak
sabar-sabar menunggu tarikh keramat untuk mencabut kuasa daripada pemimpin
flip-flop dan untuk melihat benarkah kuasa yang ada ditangan mereka adalah
kuasa mutlak atau kuasa sementara. Walau apa-apa pun kita semua harus
sedar yang menjadi mangsa keadaan ialah peserta Bersih 3.0 dan juga anggota
polis yang bertugas.
Ya Allah selamakan
kami dan anggota polis dan negara kami daipada orang-orang yang menyalahgunakan
kuasa yang kau amanahkan. Ya Allah Dengarilah oleh mu Ya
Allah doa-doa orang yang dizalimi. Kau tariklah kuasa yang ada pada
mereka. Berilah hidayat kepada mereka. AMIN.
No comments:
Post a Comment