Bila ada orang bercakap mengenai sesuatu perkara dituduh
untuk mempolitikan. Begitulah kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang berharap tidak
ada pihak mempolitikkan kes kemalangan yang berlaku ketika acara perlumbaan
drag sempena Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya.
Janganlah kerana untuk memeriahkan sambutan Hari Belia
Negara untuk mengumpulakn 2 juta belia perkara keselamatan tidak diberi
perhatian. Nampaknya penganjur acara
ini mengadakan acara ini asalkan ada sahaja soal lain tidak diambil kira. Tidak dinafikan kemalangan boleh berlaku di mana sahaja, dalam perkara ini tindakan keselamatan harus diutamakan.
Jangan mempersalahkan penonton kerana berada di tempat yang tidak dibenarkan. Jika ada jaring keselamatan, penonton tidak akan bergerak daripada tempat yang dibenarkan. Di doakan kepada mereka yang kemalangan akan cepat sembuh. Amin.
Lihat Video Tragedi Drag Himpunan Sejuta Belia 2012 Putrajaya.
No comments:
Post a Comment