Bersimpati kita terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Sejak menerajui Pulau Pinang beliau sentiasa menghadapi berbagai tohmahan dari
Ngo-Ngo seperti Perkasa dan lain-lain Ngo sewaktu dengannya. Ini tidak termasuk beberapa laporan polis dibuat
terhadap beliau. Banyak isu-isu yang sengaja diputar-belitkan terutama isu
tapak masjid, surau dan duit kebajikan
warga emas RM100 dikatakan duit daripada hasil judi. Apa yang dilakukan oleh Lim ada sahaja yang
tidak kena.
Usahlah cuba sembunyikan sesuatu
yang baik telah dilakukan oleh Lim Guan Eng
di Pulau Pinang terhadap masyarakat Melayu dan Agama Islam. Masyarakat Melayu Pulau Pinang faham orang
yang menunjuk perasaan dan mencaci Lim tersebut adalah orang-orang Melayu UMNO
yang 'desprate' yang tiada morallangsung untuk sama-sama bertanding dalam sesuatu tender terbuka. Ini kerana selama ini mereka mudah diberi sesuatu projek atas nama kroni.
Cuba lihat gambar-gambar yang disertakan, orang-orang yang sama menjadi hero menunjukkan mereka adalah pejuang bangsa sedangkan orang Melayu yang tahu hati budi Lim Guan Eng tersenyum melihat gelagat mereka sebagai pejuang katak puru.
Kalau perbuatan serupa ini tidak
dihentikan maka setiap kali pilihan raya diadakan UMNO BN sentiasa berputih mata dan tidak akan dapat mengambil alih
kerajaan Pulau Pinang. Jadi jangan
salahkan rakyat. Rakyat sentiasa bijak
memilih yang mana kaca dan yang mana permata.
Sila baca laporan berkaitan
Gunakan otak atau dikebumikan, kata
PAS kepada Perkasa ( klik )
DAP gesa polis ambil tindakan
terhadap Perkasa PP ( klik )
Perkasa
shoots itself in the foot in Penang ( klik )
No comments:
Post a Comment