IKLAN

Wednesday 23 May 2012

Tan Sri Musa Hassan Pernah Dipelawa Masuk Parti Pembangkang

BlogPingTool.com
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan bahawa beliau pernah di pelawa oleh presiden salah satu parti pembangkang supaya beliau menyertai parti mereka semasa beliau masih berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara.  Beliau menolak kerana "kita tidak diajar mencampuri politik dan hal-hal lain dengan tugas.Sehingga kini beliau masih mengekalkan prinsip tersebut tidak terlibat dengan mana-mana parti politik.

Itulah kenyataan Musa Hassan kepada Utusan Malaysia.  Tetapi cakap tidak serupa bikin.  Musa sekarang begitu aktif memberi ceramah beberapa pentas Umno samada di bahagian atau cawangan dengan tajuk-tajuk terpilih mengenai keselamatan negara.

Sila lihat beberapa gambar yang dihantar melalui facebook kehadiran Musa Hassan di pentas Umno.  Gambar sebelah,  Tan Sri Musa Hassan turun padang di Kampong Tengah, Mukim Sungai Terap, Parlimen Pegoh 16 Mac 2012.
Pegoh dan Melaka.


Pada 9 Mei 2012, Musa Hassan berada di pentas Umno di Peti Undi Sungai Baru Ulu, Solok Duku, DUN Lendu Mesjid Tanah Melaka.

Oleh itu janganlah terperanjat  jika Musa Hassan terpilih menjadi calon boleh menang atau winnable candidate untuk Umno BN dalam pilihan raya ke-13 yang akan datang.


No comments:

Post a Comment