IKLAN

Saturday 7 April 2012

Amaran Perkasa Umat Islam Jangan Menyertai Bersih 3.0

Ping my blog
Kaum muslimin di negara ini diberi amaran oleh Perkasa supaya tidak menyertai perhimpunan menuntut pilihan raya bebas dan adil (Bersih 3.0) yang bakal diadakan di Dataran Merdeka pada 28 April 2012.  Ini kerana perhimpunan tersebut di ketuai oleh Datuk Ambiga Sreenavasan yang menurut mereka anti-islam dan pengkhianat bangsa.  Itulah amaran yang dikeluarkan oleh Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris.

Apa sebenarnya yang diperjuangkan Perkasa  sama sahaja seperti JATI iaitu Islam, Melayu dan Raja (IMR).

Dalam suasana rakyat memperjuangkan  asas demokrasi iaitu menuntut satu sistem pilihan raya bebas, bersih dan adil melalui satu perhimpunan aman Bersih 3.0, Perkasa dengan bangganya mengeluarkan amaran supaya umat islam tidak menyertainya hanya kerana Ambiga dikatakan tidak hormat kepada umat islam.

Apakah relavannya perhimpunan untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil dengan agama dan juga umat islam?. Memandangkan kepada kenyataan Fahmi tersebut, ramai yang tersenyum dan tersasul ketawa kerana kenyataan tersebut sungguh amat pelik. Sebab itulah tiada yang memperdulikan  dan memberi perhatian kepada apa-apa sahaja yang cuba di ketengahkan oleh Perkasa.  Perkasa harus ingat tidakkah terlintas di sudut hati mereka bahawa apa yang diperjuangankan tersebut adalah untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama terhadap kebebasan dan keadilan sistem pilihan raya negara ini.

NGO-NGO yang sedar akan tujuan perhimpunan Bersih 3.0 telah tampil satu persatu kini menyahut dan  mengakui akan sama-sama mengambil bahagian dalam perhimpunan aman tersebut.

Lapan (8) Tuntutan Bersih ialah : (a)  Bersihkan senarai Undi (b)  Mereformasikan undi pos (c)  Gunakan dakwat kekal (d)  Akses Media bebas dan adil  (e)  Masa berkempen minima 21 hari (f)  Kukuhkan institusi awam (g)  Hentikan rasuah dan (h)  Hentikan pollitik kotor.  Ini sahaja yang perlu ditunaikan ileh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).  Susah sangat ke?. Hendak seribu daya, tak hendak aku punya suka. 

Sepatutnya SPR harus menunjukkan mereka adalah sebuah institusi bebas yang telah  diperkenankan penubuhannya oleh DYMM Di Pertuan Agong bukan sebaliknya yang sentiasa dipertikaikan akan tindak tanduk mereka.

Baru-baru ini Datuk Mahfoz Omar melaporkan adanya ‘task force’ dilakukan oleh kerajaan BN memberi kad pengenalan Malaysia kepada pendatang bagi membolehkan mereka mengundi BN. Kalau perkara  ini benar ia umpama membuka pintu negara  seluas-luasnya yang boleh mengakibatkan keselamatan negara tergugat. Inilah perkara-perkara yang dibimbangi bukan sahaja parti politik pembangkang, NGO-NGO tetapi turut sama dirasai oleh ahli parti komponen BN dan rakyat Malaysia keseluruhannya akan implikasi-implikasi jangka panjang.

Berhubung dengan penglibatan Sastrawan Negara Datuk A Samad Said (gambar) turut menjadi pemimpin Bersih 3.0,  Fahmi menyatakan mungkin Samad mempunyai isu tertentu terhadap kerajaan sedia ada. Untuk pengetahuan Fahmi,  isunya sama sahaja dengan Datuk Ambiga. Beliau berjuang untuk keadilan daripada penipuan.

Satu lagi kenyataan paling sumbang dan tidak bertanggungjawab apabila Fahmi menyatakan “mungkin” Bersih 3.0 telah diinspirasikan oleh kuasa luar dengan niat menjatuhkan pemerintahan sedia ada melalui penghinaan terhadap Melayu, Raja dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).  Jika tidak yakin apa yang diperkatakan usahlah buat kenyataan ‘mungkin’. Bila tidak pasti ia menjadi satu bentuk tuduhan dan fitnah.  Samalah seperti kenyataan Tun Mahathir yang memburukkan NGO-NGO penyokong parti pembangkang bahawa mereka dibayar oleh Amerika.  Cuba Fahmi tanya Mahathir siapakah yang menjatuhkan imej raja-raja Melayu yang kita sayangi?.

Kenyataan Fahmi meminta kaum muslimin di negara ini terus kekal kepada agama dan menjauhkan diri dari Bersih 3.0 sungguh melucukan.  Adakah perhimpunan Bersih tersebut satu perhimpunan untuk memurtadkan umat islam di negara ini secara beramai-ramai?. Atau untuk menjatuhkan kerajaan?.

Kalau tidak faham apa yang dilakukan oleh Bersih 3.0, usahlah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan rakyat Malaysia.  Turunlah sama  melihat mereka hanya memprotes secara duduk beramai-ramai atau ‘duduk santai’ di Dataran Merdeka pada 28 April, 2012.  Sila faham.

No comments:

Post a Comment