IKLAN

Thursday 12 April 2012

BN Menang Ramalan Mahathir

Ping my blog
Tun Mahathir sempat lagi meramalkan bahawa Dato’ Seri Najib akan memenangi pilihan raya akan datang. Kemenangan tersebut melebihi kemenangan 2008.  Jika Najib tidak memenangi lebih kerusi, kedudukan Najib menjadi tidak setabil.   

Sementara itu pula  Tun Daim dalam satu kenyataannya yang lepas meramalkan sekiranya Najib tidak menang dengan pertambahan kerusi, beliau akan di ‘kick out'.

Kenyataan kedua-dua Tun tersebut ada persamaannya, apa yang jelas ianya satu amaran kepada Najib berhubung nasibnya berdasarkan kepada keputusan pilihan raya ke-13 yang akan datang.  Seolah-olah mereka sebagai ‘pressure group’ menentukan nasib Najib.  Tidak mengapalah itu adalah urusan dalaman parti UMNO.

Tun Mahathir cukup yakin akan kemenangan Barisan Nasional dalam PRU akan datang.  Mungkin  Tun Mahathir telah menerima bisikan Najib berhubung langkah-langkah yang akan ambil  untuk memastikan kemenangan BN bagi mengekalkan Putrajaya.  Tidak menghairankan semua orang bahawa  Najib beria-ia mempertahankan Putrajaya.  Ini kerana beliau telah  mengisytihar “Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!”  ketika merasmikan perhimpunan agung Umno di PWTC pada 2011.

Najib pernah meminta ahli-ahli UMNO supaya jangan melaporkan perkara yang baik-baik kepadanya, perkara buruk disembunyikan.  Inilah selalu dipraktikan oleh pengampu-pengampu berlesen dalam UMNO, kebanyakan yang dilaporkan adalah penyedap hati.  Rakyat sekarang sudah memahami kedudukan politik semasa lebih-lebih lagi paparan-paparan berhubung kemungkaran UMNO BN yang menyebabkan rakyat tiada pilihan kecuali menolak UMNO BN.  Jangan terkejut orang ramai yang berbundung-bundung meramaikan majlis UMNO BN tersebut antaranya adalah terdiri daripada ahli-ahli UMNO talam dua muka yang menggengam jari-jari gatal  yang akan  digunakan bagi memangkah pakatan Rakyat dan meninggalkan BN.  Ini yang Najib takut “lain yang kita cakap lain pula dia buat”.

Jadi, apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir bahawa Najib atau BN boleh menang tersebut adalah sebagai penyedap hati sahaja. Dalam keadaan sekarang  Mahathir sendiri tidak lepas-lepas  dari bibirnya sentiasa  berwirid ‘menanglah UMNO’, menanglah BN’. 

Bahasa itu indah.  Masyarakat Melayu kaya dengan mutiara kata dan peribahasa. Seperti tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia?.  Sekali ombak memukul pantai, sekali itulah pantai akan berubah.  Kita lihatlah dan tunggulah akan  kebenaran ramalan Tun Mahathir dan Tun Daim tersebut.  Hanya Allah Maha Mengetahui. Amin.


No comments:

Post a Comment