Saya merasa kesal kerana tidak dapat sama menyertai Himpunan
Bersih 3.0 kerana terpaksa menghadiri majlis perkhawinan anak bisan saya di
Ampangan, Seremban.
Sebelum bergerak ke Seremban pada jam 11.00 pagi saya menerima panggilan telefon daripada sahabat saya dari Seberang Perai bertanyakan dimana saya berada. Saya maklumkan kepadanya saya akan ke Seremban. Apa yang menyedihkan saya ialah apabila beliau mengatakan bahawa beliau berada di Masjid Negara menunggu untuk menerima arahan lanjut Bersih.
Jika diamat-amati pada senario hari ini, Allah Maha Mengetahui maka bersedialah UMNO BN menerima
keputusan rakyat yang sekarang telah dipahatkan di dalam hati mereka semua
iaitu BERUBAH.
No comments:
Post a Comment