IKLAN

Monday 23 April 2012

BN Boleh Menang Selangor Kata Noh Omar

Ping my blog
Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar mencemuh niat parti Pakatan Rakyat Selangor yang mahu mengadakan pilihanraya berasingan dari Persekutuan.  Menurut Noh pakatan rakyat sedar bahawa sokongan rakyat  telah beralih  kepada Barisan Nasional.  

Noh mengulas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 April yang mahukan Selangor mengadakan pilihan raya berasingan kecuali daftar pengundi dibersihkan.

Noh mengulas  kerajaan Selangor takut untuk menyerahkan kuasa kepada rakyat.  Noh Omar walaupun beliau Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO beliau syuk sendiri dalam tempurung kelapanya.  Tukarlah tempurung kelapa kepada tempurung kaca, baru nampak jelas apa yang berlaku.  Takkanlah tak tahu, sebab itulah himpunan Bersih 3.0 dirancang untuk DUDUK BANTAH di Dataran Merdeka pada 28 April yang akan datang.  Perhimpunan yang hendak dibuat bukan Jom Heboh.
  
Senarai daftar pengundi yang meragukan yang tidak terfikir oleh bakal pengundi boleh kotor sebegitu rupa. Nama-nama isteri anggota tentera, polis dan kakitangan SPR telah dimasukkan dalam daftar pengundi pos. Apakah JADAHnya.

Timbul pula cerita yang mengemparkan negara yang tidak terjawab oleh kerajaan BN yang dikeluarkan oleh YB Mahfuz Omar, adanya pendaftaran warga asing terus menjadi pengundi untuk  Barisan Nasional  dalam satu 'task force' bagi memenangkan UMNO BN di setiap tempat terutama di negeri Selangor.  Sehingga sekarang BN menikus sebab banyak bukti tercemar keluar. (Gambar menunjukkan Noh Omar bekunjung ke rumah Puan Mismah di Sungai Buluh. Isu Mismah seumpamanya membimbangkan negara).

Noh Omar dengan bangga menyatakan BN Selangor tiada masalah untuk menghadapi pilihan raya berasingan kerana BN yakin memperolehi kemenangan.  Inilah rahsianya, mereka kata mereka boleh menang.  Najib sendiri menyatakan kita akan rampas Selangor.  Inilah dia yang dimaksudkan. Ingatlah, Tuhan menentukan segalanya.  Apa cara sekalipun dilakukan, jika tuhan tidak mengizinkan tidak kesampaian.

Kau buatlah apa yang kau suka.  Tuhan sentiasa melihat. Kalau dia berkehandak hanya berkata KUN FAYAKUN jadi.

Maklumkanlah kepada rakan-rakan, jangan terlalu memikirkan  kita akan  ditipu, Tuhan sentiasa menyeru mintalah kepadaku, berdoalah kepada ku. Jangan syirikkan Allah meminta pertolongan selain Allah.  Allahu Akbar.

No comments:

Post a Comment