IKLAN

Thursday 12 April 2012

Antara Hulu Langat Dan Perak

Ping Blog
Pengarah Operasi Jentera Pilihan Rayan (BN) Selangor, Datuk Seri Mohamad Zin Mohamed berkata,  Barisan Nasional (BN)   mampu menawan Parlimen Hulu Langat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan datang. Nasib penduduk Hulu Langat akan  dibela kerana diabaikan oleh pembangkang.   Mohamad Zin, meminta setiap pemimpin parti komponen perlu bersatu padu dan memastikan tidak timbul isu sabotaj antara ahli serta parti.

Biasalah dalam apa-apa perjumpaan BN, mukadimah ucapannya mesti dimulakan dengan memburuk-burukan parti Pakatan Rakyat yang bekuasa selama empat tahun nasib rakyat tak terbela.  Selepas itu minta pemimpin-pemimpin parti komponen BN bersatu dan jangan sabotaj ahli parti .  

Mohamad Zin kena faham amalan sabotaj ini adalah merupakan tangkal yang dipakai oleh UMNO apabila siap saja senarai calon diumumkan. Biasanya ia terbit secara automatik kepada penyokong calon yang tidak terpilih atau kepada calon yang tidak terpilih.  Sabotaj yang dibuat sangat halus, tidak payahlah hendak dijelaskan di sini.

Mohamad Zin menjelaskan lagi jika Hulu Langat dapat ditawan, akan memudahkan seterusnya BN merampas Selangor.

Bercakap akan dapat semula Hulu Langat, Mohamad Zin harus dengar pula kenyataan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengatakan   bahawa Tengku Razaleigh Hamzah telah menyarankan supaya Nizar bersiap sedia untuk kembali mengambil alih negeri Perak memandangkan Umno di negeri itu berkemungkinan tewas ketika pilihan raya umum akan datang. Inilah hasil perjumpaan Nizar dengan Tengku Razali pada 1 April lepas di Hotel Syuen, Ipoh.

Menurut Nizar masyarkat negeri Perak  di kawasan  perdalaman telah menolak  UMNO BN kerana mereka telah mendapat informasi jelas berhubung dengan kemungkaran kerajaan UMNO BN dalam isu-isu  lembu gemuk National Feedlot Centre (NFC) dan pembelian cincin isteri perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Sebab itu mutakhir ini Najib kerap datang ke Perak berbanding negeri lain. 

Kedua-dua isu tersebut akan digunakan oleh pakatan rakyat di Perak sebagai kempen pilihan raya dengan membuat poster berkenaan isu-isu tersebut.

Datuk Seri Mohamad Zin Mohamed berbangga dengan 1Hulu Langat, tetapi Nizar akan dapatkan 1Perak. Allah sahaja yang Maha mengetahui.


No comments:

Post a Comment