IKLAN

Thursday 5 April 2012

Edaran Harakah Percuma Di Putrajaya, Bimbangkan UMNO


Ping Blog
Tindakan parti PAS mengedarkan akhbar Harakah  berjumlah 1,000 hingga ke 1,500 secara percuma  dari rumah ke rumah setiap minggu di kuarters kerajaan di Putrajaya  adalah satu langkah yang harus dipuji. Terutama kepada Ketua Penerangan PAS Putrajaya, Uzir Abdullah dan rakan-rakan.  

Langkah yang diambil ini adalah tepat pada masanya sebagai usaha member  maklumat tambahan yang terkini mengenai perkembangan politik negara yang  bukan sahaja disembunyikan tetapi dijadikan sebagai loji memproses fitnah oleh media-media  dokongan UMNO dan BN.   Insya Allah  dengan adanya pengedaran Harakah ini dapat mengimbangi perkara tersebut.  Usaha penat jerih yang dilalui oleh PAS Putrajaya amat berbaloi. 

Kita harus faham, premis Putrajaya adalah dikhaskan sebagai kuarters anggota perkhidmatan awam yang bekerja di Putrajaya. Ketika di pejabat mereka dibekalkan  dan  dihidangkan  dengan akhbar-akhbar pembius dan pembeku minda. Di rumah pula mereka  menonton TV Fitnah. Pada awal minggu pertama setiap bulan mereka diarah berhimpun di Dataran Perdana bagi mendengar  kelentong Dato’ Seri Najib dengan tiupan serulingnya. 

Teringat pula penulis semasa tinggal di Putrajaya selepas sahaja keputusan Pilihan Raya Ke-12 (2008) yang dimenangi oleh Tengku Adnan dari Barisan Nasional.  Penulis ada bertanya rakan-rakan kenapa Tengku Adnan menang. Ada yang menjawab terpaksa buat pilihan takut nanti kena keluar kuarters.  AllahuAkbar.  Inilah  sikap yang terdapat di antara mereka,  otak yang telah dibekukan dan telah dibius. 

Usaha yang dibuat oleh PAS tersebut rupa-rupanya menimbulkan kurang senang di kalangan UMNO Putrajaya dan ini sangat berkesan sebagai impak perang saikologi. Bijak.  Ini dapat dilihat dari tindakan yang berkobar-kobar UMNO Putrajaya memprotes tindakan PAS. Mereka mengadakan acara  untuk membakar akhbar Harakah pada 5 April 2012 jam 1 ptg di Medan Selera, Pricint 8, Putrajaya. Jemputan-jemputan ke acara tersebut dihebahkan melalui SMS.

"Penduduk Putrajaya akan membakar surat khabar Harakah sebagai tanda protes  terhadap pihak PAS yang mengedar dan menggangu kententeraman penduduk di Putrajaya”. Inilah kenyataan bodoh UMNO Putrajaya.  Mana mungkin sekadar mengedarkan akhbar boleh mengganggu ketenteraman  penduduk.  Adakah edaran yang dibuat memerlukan tandatangan penghuni atau pengedar mengetuk pintu penghuni menyerahkan akhbar tersebut. Kenyataan tersebut tidak bijak.  Mereka menggunakan nama penduduk dan bukan UMNO untuk membakar Harakah.


Apabila sampai pada hari yang dijanjikan  tidak nampak pula asap pembakaran Harakah tersebut.  Walau bagaimanapun Harakah tidak hangus cuma dikoyak-koyakkan sahaja (lihat gambar).

Dalam keadaan cuaca  yang tidak menentu dan hampir setiap hari hujan  dan sejuk, tidak juga memberi kesejukan dan selesa di kalangan  UMNO Putrajaya.  Pada UMNO Putrajaya,  usaha PAS tersebut harus dihalang.  Kita minta UMNO teruskanlah usaha  mengoyak akhbar Harakah.  Usaha tersebut ternampak jelas  pihak UMNO Putrajaya takut kerana bayang-bayang sendiri.

Sebenarnya jika tidak diberi percuma sekali pun akhbar Harakah tetap menjadi pilihan rakyat termasuklah anggota-anggota  kerajaan tidak kira di Putrajaya atau di lain-lain tempat.  Pernah penulis bersembang  dengan salah seorang orang kuat UMNO di Ibu pejabat UMNO berhubung dengan akhbar Harakah, beliau antara lain  menyatakan orang kampong sudah bijak, kalau diletakkan  Utusan, Berita Harian dan Harakah pada satu hari yang sama di rak yang sama, Harakah akan dulu habis dibeli.  Beliau juga menyatakan tidak selesa jika Najib umumkan pilihan raya pada tahun ini. Mampus katanya.

No comments:

Post a Comment