Apa yang Barisan Nasional beri kepada rakyat Kelantan, mereka tidak
menolaknya. Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin, semasa kunjungannya sehari ke Kelantan sempat singgah selama 30 minit
di Bachok. Beliau telah meluluskan
peruntukan segera sebanyak RM500,000 untuk membaik pulih bangunan Pasar Jelawat
untuk keselesaan kepada lebih 100 peniaga kecil berniaga.
Mengiringi sama dalam lawatan tersebut ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek
Hussin.
Awang Adek lupa, janganlah nak kelentong rakyat
Kelantan. Wang yang dijanjikan untuk
membaiki pasar Jelawat tersebut sememangnya wang rakyat Kelantan iaitu wang royalti
minyak yang sepatutnya Kerajaan Kelantan terima. Tetapi telah di re-branded oleh Kerajaan
Persekutuan dengan menamakan wang ehsan. Lembu punya susu, sapi punya nama.
Awang Adek kerana hendak kekal dalam senarai calon
boleh menang atau winnable candidates terpaksalah lari dari isu royalti minyak ini. Kalau nama ada dalam senarai calon pilihan
raya sekali lagi dalam Kawasan Bachok, fikirlah dari sekarang isu apa yang hendak
dikempen nanti, kerana isu royalti minyak
sudah cukup bagi melumpuhkan jumlah undi meyeberang menyebelahi beliau.
Siapakah agaknya yang dapat kontrak membaiki pasar Jelawat
tersebut. Tanyalah Awang Adek sebab
beliau ialah Ketua UMNO Bahagian Bachok.
No comments:
Post a Comment