Padan muka Najib.
Sekumpulan pakar akademik telah menyuarakan kepada Najib supaya tunjukkan
bahawa transformasi demokrasi yang hendak dilakukan oleh Najib bukan satu
omongan. Mereka meminta Najib
membenarkan Bersih 3.0 teruskan perhimpunan mereka untuk menyuarakan
ketidakpuashati mereka terhadap SPR supaya menjadikan pilihan raya Malaysia
satu pilihan raya yang adil dan bersih.
"Benarkan bersih diteruskan dengan aman." Kata-kata sekumpulan pakar akademik.
Sejak malam 27 April lagi telah puluhan ribu rakyat berkumpul di persekitaran
Dataran Merdeka tanpa dipaksa, diupah atau dibawa dengan bas yang
disediakan. Mereka datang secara
sukarela dari seluruh pelusuk negara dengan belanja mereka sendiri berkereta, menaiki
bas, kapal terbang, bermotosikal secara berkonvoi, membonceng motorsikal,
menumpang lori dengan apa saja cara dengan tujuan untuk sampai di Kuala Lumpur. Tidur di hotel-hotel besar, hotel budget dan
menumpang rumah kawan dan saudara-mara hanya kerana ingin mengambil bahagian untuk
bersama-sama dengan satu tujuan mahukan SPR menjalankan
tugas yang adil membersihkan daftar undi agar dapat digunakan dalam satu
pilihan raya yang adil dan bersih dalam satu amalan demokrasi
Peserta-peserta dengan tenang secara berperingkat memenuhi
kawasan persekitaran jalan-jalan yang berhampiran dengan Dataran Merdeka. Mereka faham akan perintah mahkamah yang
diperolehi oleh polis dan mereka tidak akan melanggarnya. Mereka akan memenuhkan ruang-ruang yang tidak
disebutkan dalam perintah tersebut.
Mereka juga akan mematuhi arahan Ketua Polis Kuala Lumpur tidak akan
mengadakan demonstrasi secara bergerak
atau berarak.
Ya Allah bagilah Hidayah kepada mereka.
No comments:
Post a Comment