IKLAN

Monday 2 April 2012

Hassan Ali Buktikan Video Kristianisasi


Ping Blog
Berduyun-duyun wartawan datang ke rumah Dr Hassan Ali di Taman Tun Ismail bagi mengikuti janji Hassan (Isnin 2 April 2012) untuk menayangkan video berhubung dengan pengakuan sepasang suami isteri yang mengaku telah dimurtadkan oleh mubalig kristian suami isteri dari Australia.

Dalam video tersebut apa yang dilaporkan,  Ramli  (bukan nama sebenar) tersebut asalnya menghadapi masalah kesihatan. Mubalig tersebut telah membantunya menghantar ke hospital dan menerima mereka tinggal bersama-sama mereka. Kerana tertarik dengan kebaikan mubalig berkenaan beliau masuk agama kristian.  Beliau diberi bantuan kewangan dan juga diberi sebiji kereta.  Sekarang pasangan suami isteri tersebut telah kembali semula kepada islam.

Cara Hassan Ali menayangkan video tersebut samalah dengan Trio Datuk T menayangkan video Lucah di Carcosa Negara.  Wartawan tidak boleh merakam samada audio atau visual untuk menjaga keselamatan dan eksklusifnya.  Video yang sama iaitu satu masanya 16 minit dan satu lagi 42 minit yang telah disunting daripada video asal memakan masa 1 jam 30 minit.

Video yang ditunjukkan tersebut bukanlah pengakuan pasangan tersebut berdepan dengan kamera tetapi hanya rakaman suara  temubual dalam bentuk video.  Sebab itulah Hassan kerap mengulangi beliau ada video untuk ditunjukkan sebagai bukti ada gerakan kristianisasi.

Penulis tidak hairan kalau perkara ini benar sekali pun.  Apa yang penting Hassan Ali sepatutnya mencari punca mengapakah perkara ini terjadi.  Samalah dengan kes pembuangan bayi atau janin.  Cuba Hasan melihat rekod di Pusat Pungutan Zakat (PPZ) berapa banyak zakat diagihkan kepada yang memerlukan. Asnaf zakat  manakah yang menerima zakat tersebut.  

Sepasang suami isteri yang memeluk agama kristian tersebut dilaporkan terdesak dan dalam kesusahan.  Kepada siapakah perlu beliau meminta bantuan?. Inilah peluang yang selalu digunakan oleh mubalig kristian. Memang menyalahi undang-undang jika pihak kristian memurtadkan orang Islam.  Jika ada di antara orang yang bukan islam diberi bantuan, berdetik juga dihati mereka mengatakan baik sungguh islam di mata mereka, jika seruan sampai kemungkinan  mereka juga akan menganut agama islam.

Orang Islam sepatutnya menjaga orang islam.  Hassan Ali tidak perlulah menunjukkan bahawa beliau pejuang islam, membuat puiblisiti untuk tunjukkan orang kristian sentiasa bergerak untuk kristiankan orang Islam seperti menggunakan gejet-gejet khas dan sebagainya. 

Hassan Ali perlu tampil dan menyerahkan video tersebut kepada pihak yang berkuasa seperti JAIS bagi diambil tindakan membuat siasatan kesahihan maklumat yang Hassan ketengahkan tersebut.  Oleh itu bersedialah menyerahkan video dan apa-apa maklumat yang diperlukan pihak berwajib untuk berjumpa akan kebenaran temubual yang telah divideokan tersebut.

Adalah lebih baik Hassan keluar berdakwah atau gunakan pejabat JATI di Taman Tun Dr Ismail  sebagai salah satu pusat aduan orang Islam yang kesusahan untuk mendapatkan bantuan zakat.  Salurkan maklumat tersebut ke pejabat PPZ. Dengan cara ini sekurang-kurangnya JATI lebih dihormati sebagai memperjuang Islam, Melayu dan Raja (IMR).

No comments:

Post a Comment