IKLAN

Wednesday 4 April 2012

Najib Bukan Pemandu Yang Berhemah

Ping Blog
Baru-baru ini Najib umpama mengakui beliau seorang pemandu yang cekap untuk memacu negara ke arah negara maju tahun 2020. Kata beliau sekiranya mahu terus ke destinasi jangan tukar pemandu ditengah jalan, tolak  pemandu yang diragui dan merbahaya.

Perkara ini dinyatakannya semasa pembentangan kajian Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETF).

Terus-terang  dikatakan Najib bukanlah  seorang pemandu yang cekap atau berhemah untuk memandu bas 1Malaysia.  Kepada penumpang Melayu dikatakan lagu B dan kepada penumpang Cina dan India lain lagunya. Begitu juga dengan lain-lain penumpang.  


Sebagai pemandu,  Najib banyak  melanggari undang-undang jalan raya kerana mengikut nafsunya.  Semasa mula-mula  jadi pemandu , beliau mengwujudkan  bas 1Malaysia.  Beliau turut menjadi ulat tikit dengan memujuk  3 orang penumpang  di Perak iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (PKR), Mohd Osman Mohd Jailu (PKR) dan Hee Yit Fong (DAP) yang menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin jatuh dan digantikan dengan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Najib juga seorang pemandu yang merbahaya kerana sikapnya yang teragak-agak (flip-flop) sekejap nak ke kiri tak jadi,  nak ke kanan pun tidak. Lama-lama balik semula ke asal. Ini berlaku kepada skim gaji perkhidmatan awam yang hendak diperkenalkan  ialah SBPA tetapi apabila diumumkan pada 8 Mac 2012 SBPA  dibatal dan  dikekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM).

Najib juga pemandu syuk sendiri. Ini bahaya.  Menggunakan wang  penumpang sesuka hati beliau.  Lihat saja kos wang yang digunakan untuk menghias dirinya untuk menunjukkan beliau seorang pemandu yang baik di dunia.  Akhirnya menjadi huduh akibat  rahsia terbuka.

Disamping itu  Najib memandu tidak mengikut peraturan.  Beliau tidak dapat membezakan antara rasmi dan peribadi.  Mana mungkin boleh beliau menggunakan wang tambang rakyat untuk majlis pertunangan anak perempuan beliau.  Sebagai seorang pemandu beliau boleh pula  mengadakan majlis harijadinya  dengan belanja yang besar.  Ini amat memeranjatkan penumpang-penumpang lain.  Itulah yang dilakukan oleh  Najib pemandu bas 1Malaysia.

Najib tidak perlu menyatakan bahawa beliau adalah pemandu yang lebih baik dari pemandu atau bakal pemandu lain  untuk memandu bas  membawa penumpang.  Ini kerana penilaian kecekapan pemanduan seseorang pemandu bukan dibuat oleh pemandu sendiri, tetapi oleh penumpang-penumpangnya.

Siapakah yang menilaikan transformasi-transformasi  yang dibuat oleh pemandu Najib samada  berjaya atau tidak?. Sudah tentu Najib sendiri mengatakan  transformasi  beliau telah menunjukkan pencapaiannya.

Najib jangan lupa  UMNO sendiri telah mencipta teori giliran tampuk pimpinan  Malaysia berdasarkan teori R.A.H.MA.N.  Kalau diikuti dari susun atur tersebut  belum ada silapnya  dan ada kebetulan.  Susunan Perdana Menteri dimulakan dengan Tengku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussien Onn, Tun Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan akhirnya Dato’ Seri Najib.

Mengikut teori UMNO tersebut Najib adalah pemandu terakhir.  Tiada teori baru direka.  Ini bermakna pemandu  akan ditukarkan dengan pemandu baru bersekali dengan kenderaan  baru.  Penumpang-penumpang  telah dapat rasakan sekiranya dikekalkan dengan pemandu yang ada sekarang akan mengundang berbagai masalah keselamatan penumpang.

Tempoh tamat roadtax  bas dan lesen memandu Najib sekarang tamat tarikhnya  yang jelas ialah pada 4 April 2013.  Pembaharuan lesen dan petukaran pemandu tersebut boleh diawalkan mengikut selera pemandu tersebut iaitu sebelum April 2013.  Bolehkah Najib  memperbaharui lesen pemanduannya sekiranya beliau di ‘black list’?.  

Kita tunggu saja ketentuan Allah SWT.   Sebagai  salah seorang penumpang, sebenarnya saya tidak sabar-sabar untuk menaiki kenderaan  baru (bukan bas 1Malaysia) dan juga menantikan pemandu baru yang  sikapnya tidak teragak-agak (flip-flop) dan gabra.

Semoga Allah SWT memperkenankan doa hambanya. Amin.

No comments:

Post a Comment