IKLAN

Sunday 22 April 2012

BN Saja Yang Boleh Bawa Perubahan. Lupa Kuasa Allah

Ping Blog
Ramai sungguh yang menyambut kedatangan Najib di Pulau Pinang  dilaporkan seramai 15,000 orang.  Sungguh megah rasa Najib mendapat sambutan sedemikian rupa.  Dewan diramaikan oleh makcik-pakcik yang dibawa dengan bas dengan diberi duit poket bagi memenuhkan dewan.  Najib faham tentang ini.  Apa yang penting ialah orang meramaikannya.


Najib membawa nostalgia lama dengan menyebut pemimpin Tengku Abdul Rahman, Tun Razak, Hussein Onn, Tun Mahathir dan Abdullah Ahmad Badawi yang telah  berjasa dan meminta  orang ramai pula mengenang jasa-jasa mereka.  Banyak jasa telah dibuat oleh Barisan Nasional untuk rakyat Malaysia.

Najib menyatakan  UMNO akan terus menjadi pembela dan pelindung kepada semua kaum serta etnik di negara ini, perkara ini amat penting kerana ia merupakan perintah Tuhan yang wajib dipatuhi.  Pakai duit rakyat habiskan harta rakyat untuk faedah diri  pun antara perintah Tuhan juga.

Menurut Najib beliau telah diberi maklumat bahawa sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat. Parti pembangkang dulu cakap lain, hari ini cakap lain. Dulu buat lain, sekarang buat lain. Jangan lupa parti pembangkang berkuasa belum sampai 5 tahun, BN telah 55 tahu berkuasa. Ada fahamkah.

Itulah cara Najib untuk meminta rakyat menyokong BN. Beliau tidak perasan, mungkin orang ramai di dalam majlis tersebut adalah orang yang sama dulu  menjatuhkan BN di Pulau Pinang.  Orang yang sama juga akan mengambil bahagian dalam himpunan  Bersih 3.0.  

Banyak sungguh janji Najib.  Jangan suka berjanji kalau tidak ditepati. Lagu  inilah dimainkan oleh Najib semasa lawatannya sehari di Pulau Pinang dan akan dimainkan lagi di tempat lain pula. Kesian tengok muka Najib, betul-betul macam cerita Tiga Abdul semasa  Udo Omar bawa anak-anak yatim minta derma. Tolong kami, bantu kami, kami anak yatim piatu.

No comments:

Post a Comment