IKLAN

Tuesday 17 April 2012

Perkasa Pertahankan Raja-Raja Melayu Lupa Perbuatan UMNO Memalukan Raja-Raja Melayu

Blog Pinger Free
Malaysia akan jadi negara republik sekiranya pakatan pembangkang dapat memerintah negara. Itulah kenyataan Perkasa selepas insiden yang mengatakan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mengejek dan mempersendakan raja-raja Melayu ketika pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong tempoh hari.  

Berita mengenai mengejek dan mempersendakan raja-raja Melayu ini timbul daripada Dr Rahman Kadir seorang pegawai kesihatan  di dalam blognya mengatakan   ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali, ahli Parlimen Batu, Tian Chua didengari membisikkan sesuatu yang kurang enak mengomen  Yang DiPertuan Agong semasa majlis pertabalan SPB pada 11 April yang lalu.

Berita ini diputar dan diputar oleh akhbar  penjilat najis memukul canang seluruh pelusuk rantau untuk menunjukkan wakil rakyat pakatan tidak taat kepada raja. Maka Perkasa pun menyambut dengan memukul taboh dan membuat tuduhan  bahawa negara Malaysia akan jadi republik tanpa raja sekiranya pakatan memerintah dan beranggapan, pemimpin pembangkang itu telah menderhaka kepada Raja-Raja Melayu, dan hilang kesetiaan kepada negara.

Tindakan Perkasa sama saja nadanya dengan Hassan JATI yang mengatakan negara ini akan jadi republik sekiranya pakatan rakyat memerintah, agama islam disisihkan dan azan tidak akan berkumandang lagi.

Sehubungan dengan itu  Perkasa merancang mengadakan satu "Perhimpunan Raja Berdaulat, Kasih Dijunjung" sempena pertabalan Yang Di-Pertuan Agong baru-baru ini.  Perhimpuan yang dirancang tersebut akan diadakan bertempat   di Padang Merbok pada 29 April iaitu sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka. Turut di jemput ialah pertubuhan Jalur Tiga (Jati) yang diketuai oleh Adun Gombak Setia Datuk Dr Hasan Ali.

Sementara itu  Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemimpin pembangkang kerana tidak menghormati kepada Raja. Bernafas semula Kak Jat.

Akhir-akhir ini UMNO, Perkasa, Jati dan NGO-NGO seumpamanya kerap benar melenting jika ada isu yang melibatkan raja-raja Melayu.  Sebelum  pergi jauh kita hendak bertanya siapakah yang melucutkan kekebalan  dan kedudukan raja-raja Melayu? Bukankah UMNO yang dikepalai oleh Tun Mahathir?

Rakyat Malaysia sedar dan memahami kedudukan perkara. Bahtera UMNO bakal menjadi seperti Titanic  melanggar iceberg buatan mereka sendiri yang  akan menenggelamkan seluruh bahtera tersebut hingga tidak ternampak bayangnya lagi.   

Apabila sedar hampir mahu tenggelam kelemasan maka isnstitusi raja telah  digunakan sebagai talian hayat untuk mendapat simpati.

 

Ke Bawah Duli Raja-Raja Melayu faham tentang ini.  Mereka tidak lupa akan luka-luka lama yang  masih berparut angkara perbuatan UMNO yang memalukan satu demi satu Ke Bawah Duli Raja-Raja Melayu dahulu.

Ampun Tuanku.

No comments:

Post a Comment