IKLAN

Sunday 29 April 2012

Menteri Dalam Negeri Buat Kenyataan

Blog Pinger Free
Apabila ditanya mengapakah peralatan ‘memory card’ dan kemera-kemera kepunyaan wartawan-wartawan semasa perhimpunan Bersih 3.0 tersebut dirampas sedangkan beliau berkata pihak polis tiada apa yang hendak disembunyikan. Jawapan Hishamuddin "I don't know. This is the standard operating procedure of police...."  Malunya.. Aku.

Sungguh malang negara ini mendapat seorang menteri yang setiap kali mengeluarkan kenyataan menggambarkan keadaan dirinya langsung tidak ada standard dengan jawatan yang dipegangnya. Mana mungkin seorang Menteri Dalam Negeri tidak mengetahui sedikitpun SOP polis di bawah jagaan beliau. Dalam kenyataan-kenyataan  beliau yang lain selain daripada Bersih, banyak  juga kenyataan yang kurang teliti dan menyebabkan beliu dicemuh.


Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut semasa mengiring Perdana Menteri, Najib melawat wartawan The Sun Radzi Razak di Hospital Kuala Lumpur.  Radzi adalah mangsa keganasan polis. 

Hishamuddin pula mengeluarkan kenyataan dengan berharap tohmahan bahawa pihak polis melakukan kekasaran terhardap wartawan adalah tidak benar. Dah tengok depan mata, tidak percaya lagi. 

Sila baca laporan 1 dan Laporan 2. Apa dah jadi?.

No comments:

Post a Comment