Hari ini 11 April 2012 (Rabu) berlangsunglah istiadat
pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan
Agong Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim
Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, di Istana Negara yang baru di Jalan Duta.
Semasa Tuanku sebagai Yang DiPertuan Agong Ke-5, Perdana
Menteri Malaysia ketika itu ialah Tun Abdul Razak bin Hussien Al-Haj sebagai Perdana Menteri yang ke-2.
Sekarang sebagai Yang DiPertuan Agong Ke-14, Perdana Menteri adalah di bawah Dato’
Seri Najib Tun Abdul Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia ke-6.
Rakyat Malaysia mengucapkan tahniah
diatas pertabalan Tuanku sebagai Yang Dipertuan Agong Ke-14 pada hari ini.
Semoga di bawah pemerintahan Tuanku menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia ke era
baru.
Semoga Tuanku
sentiasa dirahmati Allah S.W.T.
Daulat Tuanku !!! Daulat Tuanku !!! Daulat
Tuanku !!!
No comments:
Post a Comment