Satu demi satu kemungkaran dan perilaku pemimpin-pemimpin
UMNO BN terdedah. Bagai peribahasa
Melayu menyebut sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga. Ini
tidak terpakai kepada tupai terbang.
Dari skandal rasuah, salahguna kuasa, sehinggalah skandal
pemimpin dengan artis belaan dengan bayaran-bayaran bujukan kasih sayang yang tidak tergambar jumlahnya yang
terlibat.
Sementara itu keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul
Jalil yang dapat pinjaman mudah kerajaan RM250 juta bagi projek National Feedlot Centre (NFC) berbelanja
sakan diluar daripada hasrat pinjaman tersebut.
Kesah seorang anak Menteri kabinet yang hidup mewah dengan
kereta mewah juga mempunyai bodyguard terlibat dalam satu pergaduhan dengan
pegawai keselamatan di sebuah kondominium di Mont Kiara juga menjadi tajuk
berita dan sembang rakyat.
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri di Selatan tanahair yang dikatakan terperangkap kerana berada sama dalam satu pemeriksaan operasi maksiat di sebuah Kelab Dangdut dilaporkan dalam sebuah media.
Berita mengenai Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dan adiknya Anifah yang
dikatakan terlibat dalam aktiviti ‘money loundering’ menjana kekayaan dalam bank akaun di
Hong Kong. Dikatakan juga terpalit sama dikaitkan
ialah Peguam Negara, Gani Patail dalam berkonspirasi menutup kes dari membuat
pertuduhan terhadap kedua-dua mereka.
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri di Selatan tanahair yang dikatakan terperangkap kerana berada sama dalam satu pemeriksaan operasi maksiat di sebuah Kelab Dangdut dilaporkan dalam sebuah media.
Kini berita terbaru dan panas pula timbul dari kenyataan Ahli Parlimen
Ampang, Zuraida Kamarudin di lobi Parlimen mengenai penglibatan seorang Menteri
terlibat dengan seorang artis serta pemberian wang tunai yang banyak ke akaun artis
tersebut dalam tempoh empat bulan (Oktober 2011 hingga Januari 2012) telah
mencecah RM1.5 juta. Menurut Zuraidah
pada Oktober 2011 terdapat dua transaksi RM36,000 dan RM22,000. November 2011
RM112,000. Disember 2011 RM330,000 dan Januari 2012 RM510,000.
Menurut Zuraida berita ini pecah apabila pemandu peribadi
artis tersebut membuat laporan polis pada 13 Mac berikutan satu laporan polis dibuat oleh artis tersebut pada
3 Mac yang menuduh beliau (pemandu) melarikan
duitnya berjumlah RM200,000.
Inilah ketentuaan Allah untuk menunjukkan sesuatu. Apabila terlalu sangat menunjukkan
kuasa dan berbangga diri akan berlaku perkara yang mengaibkan menimpa
diri.
Kita boleh bersembunyi sedalam
lubang mana sekalipun, Allah tetap melihatnya. Kalau Allah kata Kun Fa Yakun. Maka
Jadilah.
No comments:
Post a Comment