IKLAN

Sunday 15 April 2012

Mahathir Minta Pilihan Raya Ke-13 Diadakan Segera Kerana Bertambah Sokongan Rakyat

Ping Blog
Pada bulan Mac 2012 yang lalu beberapa pakar akademik menyuarakan pendapat supaya Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak membubarkan parlimen dan seterusnya mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.  Mereka berpendapat waktu terbaik untuk  PRU ialah pada bulan Mei dan Jun tahun ini.  Ini berikutan sokongan rakyat yang semakin meningkat hasil pelbagai program tranformasi yang dijalankan oleh Najib.  Prof Datin Paduka Dr Ramlah Adam, berkata, Perdana Menteri tidak harus melengahkan pembubaran Parlimen dalam waktu terdekat bagi memastikan momentum sokongan kepada kerajaan pimpinannya tidak merudum selepas mencapai kemuncak sokongan rakyat ketika ini.


Semalam (13 April) di Sintok dalam satu sidang media sempena hari Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM), Tun Mahathir berpendapat bahawa pilihan raya umum ke-13 wajar diadakan dalam masa terdekat memandangkan sokongan rakyat terhadap kerajaan sekarang berada pada tahap yang baik. Memandangkan sudah tidak ada masa lagi, kalau rakyat beri sokongan yang baik, adakan pilihan raya. Bila Nampak boleh menang, bolehlah adakan pilihan raya.

Itulah kata-kata Tun Mahathir tanpa keliru lagi atau ragu-ragu mencadangkan diadakan pilihan raya seberapa segera.  Sebenarnya apakah asas yang menjadi panduan oleh Prof Dr Ramlah Adam dan Tun Mahathir mencadangkan suapaya disegerakan  pilihan raya.  Adakah kerana berdasarkan kepada sambutan orang ramai yang memenuhi majlis-majlis yang dikunjungi oleh Najib. Kalau asas itu diambil kira, bermakna Najib ditipu hidup-hidup.  Tidakkah mereka sedar, orang yang meramaikan majlis-majlis tersebut sebenarnya dipaksa, diupah, disediakan kenderaan percuma untuk meramaikan majlis tersebut.

Dengan cadangan yang diberi tersebut, mahukah Najib mendengar ramalan sifunya.  Mengadakan pilihan raya satu perkara.  Satu perkara lagi bolehkan UMNO BN mencapai kemenangan.  Najib mensasarkan majoriti dua pertiga.  Tun beberapa minggu lalu keliru samada sokongan menyebelahi BN atau Pakatan Rakyat.  

Penulis pernah menemubual seorang Datuk orang kuat UMNO berasal dari Negeri Sembilan mengenai  kalau pilihan raya diadakan tahun ini.  Beliau dengan nada yang tegas mengatakan "jangan" kalau tahun ini pilihan raya mampos BN. Katanya orang kampong tak boleh dikelentong lagi. Orang kampong semua dah tahu.  

Sama-samalah kita tunggu.

No comments:

Post a Comment