IKLAN

Monday 16 April 2012

Senarai Calon UMNO Diterima Tengku Adnan, Menunggu Calon-calon Komponen BN

Blog Ping Tool
Setiausaha Agong UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan  beliau telah menerima hampir semua daripada bahagian UMNO senarai nama calon bagi pilihan raya akan datang.  Menurut Adnan senarai tersebut menepati kehendak  parti untuk memilih calon boleh menang atau winnable candidates. 

Yang menarik perhatian calon-calon yang dikemukakan tidak langsung terdapat daripada nama-nama dalam Bahagian UMNO seperti memegang jawatan ketua, timbalan ketua, Ketua Pemuda dan Ketua Wanita  sebagaimana dihasratkan oleh Presiden Parti Datuk Seri Najib Razak.  Senarai calon daripada parti-parti komponen BN dijangka diterima dalam tempoh dua minggu lagi.

Inilah saat yang paling mencabar dan memeningkan kepala bagi pemimpin tertinggi UMNO terutama Datuk Deri Najib dalam membuat pilihan calon-calon untuk diletakkan mewakili BN dalam pilihan raya yang akan datang.

Bagaimana untuk membuat pilihan yang tepat memandangkan  terdapat  13 parti komponen yang terdiri daripada:

1.      United  Malay National Organisation (UMNO)
2.      Malaysian Chinese Association (MCA)
3.      Malaysian Indian Congress (MIC)
4.      Malaysian People's Movement Party (Gerakan)
5.      People’s Progressive Party (PPP)
6.      Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB)
7.      Sarawak United People’s Party (SUPP)
8.      Parti Bersatu Sabah (PBS)
9.      Liberal Democratic Party (LDP)
10.    Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)
11.    United Pasokmomogun Kadazandusun Murut
         Organisation (UPKO)
12.    Sarawak Progressive Demokratic Party (SPDP)
13.    Sarawak People’s Party (PRS)

Kehendak Najib untuk memilih calon boleh  menang yang tidak semestinya daripada ahli parti juga satu masalah bagi dibuat pemilihan.  Tengku Adnan telah mengesahkan telah menerima senarai calon boleh menang daripada bahagian-bahagian amat memberangsangkan iaitu selari dengan apa yang dihasratkan oleh Datuk Seri Najib.  

Sebagimana biasa tidak semua senarai calon yang dikemukakan oleh bahagian UMNO atau komponen BN akan dipilih oleh Najib.  Keputusan muktamad adalah terletak di tangan beliau. 


Najib semasa mengumumkan formula calon boleh menang meminta ahli berkorban, memberi sokongan padu tanpa berbelah bagi, kesetiaan pada parti dan berkorban perasaan.  Tujuan hanya satu iaitu kemenangan.

Apabila pengesahan dan pengumuman calon berlaku, apa akan jadi.  Adakah mereka benar memberi  sokongan padu kepada calon-calon pilihan Najib tersebut. Adakah mereka sanggup berkorban perasaan sebagaimana yang diminta oleh Najib?   Setiakah penyokong-penyokong calon sekiranya calon mereka tidak terpilih. Atau setiakah calon yang diharap terpilih tapi tidak terpilih.


Kegusaran besar BN adalah jika langkah yang dibuat dalam memilih calon boleh menang atau winnable candidates akan mencetuskan 'cak keting' atau sabotaj antara mereka. Ini biasa berlaku.  Sikap tidak puas hati sentiasa berbunga dalam diri manusia.  Bolehkah mereka setia kepada apa yang telah diputuskan oleh Najib.

Sebagai pemerhati kita tunggu dan lihat.

No comments:

Post a Comment