Loji memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn. Bhd,
di Gebang, Kuantan telah 97 peratus siap dan akan mula beroperasi dalam tempoh
tiga minggu lagi. Itulah yang dimaklumkan oleh Pengarah Pengurusannya Datuk
Mashal Ahmad. Masalah ketika ini ialah pengeluaran lesen operasi sementara yang
telah diluluskan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) tetapi belum diterima oleh Lynas. Dengan
demikian sisa nadir bumi tidak boleh diimport dari Australia ke Malaysia tanpa
lesen berkenaan.
Apa yang dilaporkan Dr Chua bersetuju dengan pendapat pakar mengatakan
bahan radioaktif nadir bumi tersebut begitu kecil, juga mengambil pendapat Wakil Rakyat
PAS Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat (saintist nuclear) mengatakan tiada
bahaya.
MCA hanya membantah kepada pengluaran lesen
sedangkan pihak Pakatan dan Ngo anti-Lynas mahukan loji ini tidak dibenarkan beroperasi dan ditutup secara
total.
Tindakan Lim Guan Eng (DAP) dan kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat
tidak menyertai PSC dan keluar dari dewan adalah disebabkan mereka sudah dapat
membaca, sekiranya sesuatu keputusan telah dibuat oleh PSC, mereka (kerajaan BN) tidak akan
menggunakan keputusan tersebut.
Apa yang sedang diperjuangakan oleh Ngo-ngo dan
Pakatan Rakyat bukannya mempolitikkan isu Lynas. Chua harus ingat jangan
memperjudikan keselamatan rakyat dengan mengatakan isu Lynas dipolitikkan. Nyawa
tidak boleh ditukar ganti dengan politik. Sendiri mahu ingat.
Kalau setakat membantah pengeluaran lesen operasi
tidak payahlah Chua sebok-sebok. Sepatutnya demi keselamatan rakyat, MCA kena
turun padang bersama-sama menolak
operasi Lynas tersebut.
No comments:
Post a Comment